BALING: Penduduk Kampung Iboi berhampiran Kupang dikejutkan sekali lagi dengan kejadian banjir lumpur yang dipercayai turun dari Gunung Inas melimpahi Sungai Iboi, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu mencetuskan panik apabila air deras turut melimpah ke atas Jambatan Bailey.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, hujan lebat yang turun hampir satu jam itu telah mengakibatkan air mengalir dengan deras dan berombak.
Namun, katanya, kejadian kali ini tidak seperti kejadian kepala air dan banjir lumpur yang berlaku pada 4 Julai lalu yang membawa bongkahan kayu dan ranting pokok.
Ketika kejadian tiga mangsa dari satu keluarga yang tinggal berhampiran sungai telah diarahkan keluar dari rumah kerana dibimbangi keselamatan mereka.
“Air banyak sebab hujan tetapi dia tidak menjejaskan penduduk dan sebagainya dan tidak menjejaskan jambatan itu setakat ini lah (sehingga jam 6 petang).
“Ia cuma ada limpahan sedikit sahaja tetapi dia ikut alur sungai lah..sebab sungai itu cetek,” jelas Shamsudin ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan bagi memantau keadaan air dan penduduk.
Sementara itu, Shamsudin turut mengingatkan orang awam supaya tidak berada dekat dengan tebing sungai kerana boleh membahayakan keselamatan mereka.
“Kita tidak menggalakkan orang ramai untuk berhenti dan mengambil gambar duduk di tebing sungai hendak tengok air melimpah macam satu pesta nak tengok air datang kepada mereka kerana tebing itu tidak kukuh lagi.
“Tebing itu adalah tebing berpasir jadi kita bimbang mereka duduk di tebing sungai menyebabkan runtuhan tebing dan sebagainya nanti orang akan jatuh dalam sungai dan akan mendatangkan bahaya kepada nyawa mereka,” tambahnya.
Dalam kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu tiga mengorbankan tiga nyawa dari satu keluarga.
Kejadian itu juga mengakibatkan sejumlah rumah dihanyutkan arus dan sejumlah besar terjejas akibat dimasuki air dan lumpur.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 28 2022

Penduduk Kampung Iboi berhampiran Kupang dikejutkan sekali lagi dengan kejadian banjir dipercayai dari air yang turun dari Gunung Inas melimpahi Sungai Iboi, hari ini. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Kemajuan Afrika perangi malaria terjejas
Duma Boko menegaskan, kemajuan positif Afrika dalam memerangi penyakit itu terjejas akibat pelbagai faktor, termasuk kekurangan dana.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.