BALING: Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Penduduk, Mashitah Ahmad, 49, berkata, ini kerana hujan lebat pada petang Rabu itu turut menghanyutkan kayu balak ke rumahnya.
"Satu (kayu balak) di garaj kereta dan satu lagi di belakang rumah, mujur banjir kilat surut pada jam 11 malam, jika hujan berterusan saya bimbang rumah ini mungkin terus tenggelam," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
Ujarnya, kejadian banjir kilat yang berlaku pada waktu malam itu masih meninggalkan kesan buat dirinya kerana bimbang dihanyutkan arus deras ketika kejadian.
"Hujan mula turun kira-kira jam 6.30 petang, sebelum itu kami sudah dimaklumkan bahawa hujan di Gunung Inas kira-kira jam 4 petang lagi.
"Jadi kami mula mengemas dan mengangkat barang ke tempat tinggi, tak sampai sejam, air Sungai Kupang mula naik melimpah kira-kira 7.30 malam," katanya.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang, mereka sekeluarga bergegas naik ke bahagian rumah yang lebih tinggi.
"Memang tak fikir apa dah kerana kilat dan guruh sabung menyabung, bekalan elektrik juga terputus ketika itu.
"Bagaimanapun, kami sekeluarga bernasib baik kerana kerajaan sudah melakukan proses mendalamkan sungai selepas kejadian kepala air tahun lepas," katanya.
Mashitah yang juga Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berkata, kejadian banjir itu turut menyebabkan dia kerugian kira-kira RM7,500 apabila 15 daripada 100 sarang kelulut milik suaminya Rosni Said, 54, dihanyutkan air.
Dalam kejadian banjir kilat pada Rabu, tiga buah Kampung iaitu Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi dan Kampung Empang terjejas dengan jumlah 283 mangsa daripada 124 keluarga dipindahkan.
Mereka dipindahkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dan SK Kampung Keda. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023
![Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695890716_Airbanjir.jpg)
Hujan lebat pada petang Rabu menghanyutkan kayu balak ke rumah penduduk di Kampung Iboi, Baling. - Gambar/ Sinar Harian
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695890716_Airbanjir.jpg)
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
![Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669902080_TBbanjirbaling.jpg)
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
![Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666800984_Banjirbaling.jpg)
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
![Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665324684_TBBANJIRBALING.jpg)
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
![Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662626916_TBJAMBATANROSAKBALIN.jpg)
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
![Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662472946_TBBANJIRBALINGNEW.jpg)
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
![Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662027691_TBBANJIR.jpg)
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
![Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662024248_TBRAYAMUSNAH.jpg)
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
![Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662024324_IsmailSabriPuing.jpg)
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
![Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659159646_TBMASHUPBANJIRBA.jpg)
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.