BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang semalam diteruskan jam 7 pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat, skop pencarian pagi ini akan diperluaskan, selain penglibatan beberapa tambahan agensi yang berkaitan.
Katanya, setakat jam 3 pagi tadi, polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan mangsa yang berumur antara 14 dan 53 tahun itu.
Mangsa - Salmah Mat Akib, 53 tahun, anaknya Mohd Khairul Ikhwan, 14 tahun, dan menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, 23 tahun - difahamkan berada di dalam sebuah rumah sebelum dihanyutkan arus deras.
"Setakat ini, kita masih menggerakkan usaha SAR, di mana kita telah menerima satu laporan polis yang dibuat satu ahli keluarga melibatkan kehilangan tiga ahli keluarganya yang kita kategorikan sebagai orang hilang, iaitu melibatkan dua perempuan Melayu dan satu kanak-kanak Melayu berusia 14 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Kubang awal pagi ini.
Dalam perkembangan sama beliau memaklumkan, dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an juga disahkan mengalami kecederaan ringan susulan kejadian banjir.
Mereka kini dirawat di Hospital Baling dan berada dalam keadaan stabil.
"Setakat jam 2 pagi ini, kita telah memindahkan seramai 334 orang (penduduk kampung) ke PPS manakala pelajar-pelajar di (Sekolah Menengah Agama) Yayasan Al-Khairiah seramai 1,008 masih berada di sekolah itu dalam keadaan baik.
"(Ini) kerana air telah surut (sedikit) dan hanya (tinggal) kesan-kesan kotor lumpur dan sebagainya," kata Shamsudin.
BACA: Banjir di Baling: Lebih 11 kampung terjejas, 3 PPS dibuka
BACA: Banjir Baling: 'Tiada kematian akibat banjir, jangan sebar berita palsu' - KPD
Terdahulu petang semalam, hujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk yang berdekatan.
Air sungai yang mengalir deras turut membawa batang pokok dan sampah sarap sehingga memenuhi jalan dan kediaman penduduk.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, sehingga jam 9 malam, empat kampung terjejas dengan tiga PPS dibuka.
Abd Hadi Che Awang
Tue Jul 05 2022

Setakat jam 2 pagi ini, polis telah memindahkan seramai 334 orang penduduk kampung ke pusat pemindahan sementara yang dibuka susulan banjir yang melanda Baling semalam. - Foto Astro AWANI

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.