KUALA LUMPUR: Beberapa jalan terjejas di ibu negara sejak semalam akibat banjir masih ditutup, selain 21 insiden tanah runtuh dilaporkan hari ini.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang masih ditutup ialah Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), jalan di Kampung Seri Delima, Jinjang Selatan dan Lorong Jambu Laut, Kampung Batu Delima.
Menurut kenyataan itu, kebanyakan jalan lain yang terjejas semalam telah dibuka kepada umum antaranya Jalan Melaka, Jalan Raja Chulan dan semua jalan berdekatan Leisure Mall Cheras.
DBKL dalam pada itu, mengenal pasti 21 lokasi tanah runtuh antaranya Jalan Kelantan di Bukit Persekutuan, Jalan Bukit Ledang di Damansara, Jalan Pantai Permai di Pantai Hillpark, Lorong Burhanuddin Helmi 4 di Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Segambut di Segambut Tengah.
"Pihak IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) telah dilantik oleh DBKL untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINi
DBKL juga mengenal pasti 37 lokasi pokok tumbang dan dahan serkah menerusi siasatan di tapak dan aduan awam antaranya di Jalan Bukit Damansara 195, Jalan Pantai Permai dan Muzium Di Raja Bukit Petaling (Pintu 2).
DBKL berkata seramai 1,275 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat ditugaskan menjalankan operasi membantu dan menyelamat serta menjalankan kerja pembersihan.
Menurut DBKL, kerja pembersihan dilakukan dengan bantuan Alam Flora di lokasi banjir yang telah surut banjir bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk dikunjungi.
"Warga kota dinasihatkan supaya kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, DBKL memaklumkan seramai 530 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 143 mangsa dari Kampung Periuk, 413 dari Kampung Pasi , dan lapan dari Kampung Batu Bata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Menurut DBKL, kerja pembersihan dilakukan dengan bantuan Alam Flora di lokasi banjir yang telah surut banjir bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk dikunjungi. - fotoBERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Banjir: Beberapa jalan masih ditutup, 21 kejadian tanah runtuh dilaporkan
Beberapa jalan terjejas di ibu negara sejak semalam akibat banjir masih ditutup, selain 21 insiden tanah runtuh dilaporkan hari ini.