SEGAMAT: Beberapa bot kecil dipercayai milik penduduk di Kampung Lubok Batu, dekat sini menjadi penyelamat, apabila paras air Sungai Segamat tiba-tiba naik mendadak petang semalam.
Pada kejadian 5 petang tadi, kira-kira 10 orang yang ketika itu berada di Rumah Berhala Fook Poon Thong di kampung itu terperangkap, apabila rumah berhala yang terletak bersebelahan sungai itu, dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
Salah seorang penduduk M. Chandran berkata paras air yang naik secara tiba-tiba menyukarkan mereka yang berada di dalam rumah agama itu, untuk keluar.
"Penduduk di sekitar kampung ini terpaksa menggunakan beberapa bot kecil dan sampan, untuk mengeluarkan mereka yang terperangkap.
"Tidak sangka air naik terlalu pantas, jika hujan tidak berhenti mungkin air akan naik sehingga ke tingkat satu bangunan rumah agama ini.
"Empat tahun lepas pernah banjir tapi keadaan tidak pernah seteruk ini," kata mekanik itu ketika ditemui, petang tadi.
Chandran merupakan antara penduduk kampung yang membantu mengeluarkan penduduk terperangkap, memandangkan bengkel tempatnya bekerja terletak bersebelahan dengan rumah berhala berkenaan.
Sementara itu, tinjauan di sekitar Kampung Seberang Batu Badak di sini mendapati, selain kediaman penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang, jalan-jalan utama untuk masuk ke perkampungan itu turut ditenggelami air.
Setakat ini, sebanyak 20 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah ini menempatkan 1,136 mangsa daripada 290 keluarga, yang tinggal di 14 kampung dan tiga taman perumahan, terjejas banjir.
Sungai Segamat di Bandar Segamat kini melepasi paras bahaya dengan paras air pada 9.82 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Beberapa bot kecil dipercayai milik penduduk di Kampung Lubok Batu, dekat sini menjadi penyelamat, apabila paras air Sungai Segamat tiba-tiba naik mendadak petang semalam. -Foto Sinar Harian
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.