BANTING: Penduduk Kampung Bukit Changgang di sini bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Suri rumah Hayati Daud, 60, berkata ketika berpindah ke Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Dewan orang Ramai Kampung Bukit Changgang pada tengah hari tadi, air yang memasuki rumahnya berada pada paras sekitar 0.4 meter.
Beliau berkata air bah itu mulai meningkat sejak pukul 6 pagi tadi dan paras air dilihat terus naik pada sebelah petang ini.
"Melihat keadaan itu, mak cik dan suami serta anak terus berkemas dan meletakkan barang-barang di bahagian tinggi serta berpindah ke PPS terdekat. Ini bukan pengalaman pertama, kami pernah kena lebih teruk banjir besar 2021, ia betul-betul menakutkan kerana waktu itu kami perlu meredah banjir tengah malam untuk selamatkan diri.
"Dalam rumah mak cik juga ada empat kanak-kanak di samping keadaan suami yang tidak sihat, kami juga risau jika ada haiwan berbisa atau apa-apa. Cuma banjir kali ini sedikit pelik, tiada hujan tetapi (paras) air naik," katanya ketika ditemui pemberita di PPS berkenaan.
Hayati turut menceritakan keadaan kawasan tempat tinggalnya itu seakan terkepung setiap kali banjir melanda, malah sebelum ini khidmat bomba digunakan bagi mengeluarkan air yang bertakung itu.
Sementara itu Muhammad Firdanish Din, 17, pula memberitahu bahagian dapur dan perkarangan rumahnya mula dinaiki air sejak pukul 7 pagi tadi.
"Pukul 1 pagi semalam air memang sudah naik di kawasan laman rumah, tidak sangka pagi ini paras air terus tinggi. Cuaca cerah pada sebelah siang (semalam) kecuali 7 malam tadi, hujan selama sejam.
"Petang ini air terus naik sehingga melepasi paras peha. Bahagian dapur dan belakang rumah sudah tenggelam. Mujur ruang tamu dan bilik berada di bahagian atas," katanya yang akan berpindah ke PPS sekiranya keadaan semakin buruk.
Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Bukit Changgang mendapati limpahan air berlaku di beberapa kawasan antaranya Jalan Tembaga, Perak Kiri, Emas Kiri dan Intan Kiri selain, penempatan yang berdekatan dengan parit.
Beberapa penduduk mendakwa kejadian limpahan air dari lombong dan sungai menyebabkan kawasan-kawasan berhampiran yang lebih rendah ditenggelami air walaupun hujan tidak begitu lebat sejak dua hari lepas.
Setakat ini 75 mangsa daripada 18 keluarga telah berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
![Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699441986_BanjirBanting.jpg)
Seorang penduduk Kampung Cemperai, Banting yang dilanda bajir cuba mengalihkan kenderaannya. - Gambar/ Bernama
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699441986_BanjirBanting.jpg)
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
![Air pasang besar: Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko banjir - Bomba Air pasang besar: Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko banjir - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641204563_airpasangbesar.jpg)
Air pasang besar: Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko banjir - Bomba
Norazam Khamis berkata, banjir boleh terjadi sekiranya berlaku pertembungan antara fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
![Banjir: Niat membantu, tak apa tanggung kos sendiri asalkan penduduk selamat - Amir Banjir: Niat membantu, tak apa tanggung kos sendiri asalkan penduduk selamat - Amir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640172449_Botmemancingjadib.jpg)
Banjir: "Niat membantu, tak apa tanggung kos sendiri asalkan penduduk selamat" - Amir
Tambah Amir yang juga bertugas sebagai polis bantuan di klia2, dia tidak kisah mengambi risiko membantu penduduk malah mengeluarkan wang sendiri untuk mengisi petrol.
![Banjir: Buaya, ular sawa jadi cabaran operasi selamat penduduk di Bukit Changgang Banjir: Buaya, ular sawa jadi cabaran operasi selamat penduduk di Bukit Changgang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640168631_BanjirBukitChangga.jpg)
Banjir: Buaya, ular sawa jadi cabaran operasi selamat penduduk di Bukit Changgang
Ketua kampung itu berkata semua penduduk dan pihak yang terbabit dalam usaha SAR sentiasa diingatkan supaya berhati-hati.