ALOR SETAR: Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kota Setar pada 7 malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti yang dibuka pada Jumaat lepas, ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang.
"PPS yang menempatkan 75 orang daripada 25 keluarga itu ditutup selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut dan kerja pembersihan selesai dilakukan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Sebuah lagi PPS di daerah Kubang Pasu yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai pada 26 Okt lepas ditutup pada 1.15 tengah hari tadi.
Sementara itu, cuaca di kawasan daerah Kota Setar hujan renyai pada malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Sementara itu, cuaca di kawasan daerah Kota Setar hujan renyai pada malam tadi. - Gambar fail
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat pagi ini
Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam.