KUALA LUMPUR: Seramai 69,235 anggota keselamatan dan penyelamat di seluruh negara sedia dikerahkan untuk menghadapi bencana banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 21,018, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (18,511), Jabatan Bomba dan Penyelamat (14,829,) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (10,510) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (4,367).
"Jumlah berkenaan akan ditambah sekiranya ia tidak mencukupi.
"Untuk banjir pihak PDRM telah bersedia...bukan setakat PDRM tetapi bersama agensi-agensi lain di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri) seperti RELA, selain APM dan ATM," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas Taklimat Pilihan Raya Umum ke-15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Mengenai persiapan logistik menghadapi bencana banjir, Perdana Menteri berkata 1,816 bot PDRM, kenderaan pacuan empat roda (1,810), lori (1,596), 19 aset udara dan lain-lain aset udara akan terlibat untuk operasi banjir.
"Kalau kita lihat monsun (timur laut) ini mungkin berlaku di Pahang atau Kelantan dan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku di barat seperti di Selangor tetapi ia tidaklah berlaku serentak di seluruh Malaysia. Kita harap tidaklah (berlaku banjir besar) seperti biasa.
"Kalau banjir berlaku di kawasan dan negeri-negeri tertentu, anggota yang digerakkan pada kali ini mencukupi untuk menjaga kepentingan rakyat terutamanya yang terlibat pada waktu banjir," katanya.
Mengulas mengenai sekiranya berlaku banjir luar biasa di seluruh negara, Ismail Sabri berkata jumlah keanggotaan akan ditambah mengikut keperluan.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya Tan Sri Razarudin Husain.
Mengulas mengenai sama ada cuti anggota PDRM akan dibekukan bagi menghadapi bencana banjir, Ismail Sabri berkata perkara berkenaan akan dimaklumkan kemudian dan diselaras oleh Mohd Zuki.
"Cuti banjir, KSN (Ketua Setiausaha Negara) akan tengok tetapi kebiasaannya kalau Disember pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya tidak dibenarkan bercuti dan siap sedia untuk banjir. Cuti PRU (Pilihan Raya Umum) tidak perlu beku kerana ia sehari sahaja dan lagipun ia hari Sabtu (hari mengundi).
"Ramai yang tuduh kerajaan hendak buat trick konon-kononnya supaya orang nak balik suruh mengundi pada hari bekerja...ia tidak betul. Kita sudah tetapkan mengundi pada Sabtu dan kita bagi kebebasan sepenuhnya kepada rakyat untuk mengundi, jadi itu hak yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan adanya ejen perisikan dari Israel, Mossad yang aktif di Malaysia, Ismail Sabri enggan mengulas lanjut dan berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam taklimat berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai persediaan pusat pemindahan sementara (PPS) dijadikan sebagai pusat mengundi, Ismail Sabri berkata kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 2,010 daripada 6,010 PPS di seluruh negara.
Beliau berkata pengasingan akan dilakukan sekiranya berlaku banjir pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15, 19 Nov ini.
"Saya memberi contoh, sekiranya sekolah ada tiga blok, ia boleh diasingkan tempat mengundi dengan PPS. Kebiasaannya sekolah akan ada tiga blok iaitu dua blok dijadikan PPS manakala satu lagi sebagai tempat mengundi.
"Ini bukan bermakna 2,010 pusat yang bertindih itu akan berlaku banjir, tetapi kita buat persediaan bergantung kepada keadaan. Sekiranya ada tempat lain yang kita boleh pindahkan mangsa banjir, itu akan dilakukan. Misalnya, kita sudah buat persediaan memindahkan ke balai raya, dewan orang ramai, surau dan masjid," katanya.
Menurut Ismail Sabri, kuasa juga telah diturunkan kepada pegawai daerah untuk mengenal pasti kawasan bagi memindahkan mangsa banjir dan jika perlu ditukar atau melaksanakan alternatif lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022

Perdana Menteri menghadiri Taklimat Pilihan Raya Umum ke-15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman, di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.