MUSIBAH banjir yang melanda di beberapa kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri di Pantai Timur menyebabkan ramai yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Hujan tanpa henti sejak Jumaat menyebabkan banyak kawasan dinaiki air yang tidak dijangka oleh penduduk serta pihak berwajib.
Turut terkesan dengan musibah yang tidak diduga di beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah beberapa artis tempatan.
Antaranya adalah bekas penyanyi Rusty Blade dan May iaitu Yantzen yang terpaksa berpindah ke PPS akibat banjir yang melanda kawasan Hulu Langat.
Gambar Yantzen yang berada di sebuah PPS di ibu negara dikongsi oleh penyanyi Black Dog Bone, Jatt Ali di Facebooknya pada Isnin.
"Masya-Allah sahabat artis dari SG Yantzen pun turut terjejas akibat banjir melanda," tulis Jatt.
Yantzen popular dengan lagu Insan selepas meninggalkan kumpulan Rusty Blade sebelum menyertai kumpulan May.
Difahamkan, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, Yantzen bersama Rusty Blade telah menyiapkan single untuk peminat-peminat kumpulan tersebut.
Setakat 11 malam Isnin, Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 67,296 mangsa terkesan akibat bencana banjir di lapan negeri.
Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) melaporkan, setakat 12 tengah hari ini Isnin sejumlah 59,291 mangsa daripada 13,710 keluarga telah dipindahkan ke 467 PPS.
Lapan negeri terjejas akibat banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Astro Awani
Mon Dec 20 2021

Gambar Yantzen yang berada di PPS dikongsi oleh penyanyi Black Dog Bone, Jatt Ali di Facebooknya pada Isnin. - Gambar FB Jatt Ali
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.