SEGAMAT: Walaupun khemah kubikel disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) memberi keselesaan kepada mangsa bencana, namun ada segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan membawa balik khemah berkenaan.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang berkata perlakuan yang jelas melanggar arahan berkenaan, biasanya dilakukan ketika sesebuah PPS itu ditutup.
"Mereka berkenan, mereka rasa cantik, kemudian bawa balik. Contoh bila kita buka 1,000 khemah, biasanya dalam 100 atau 200 khemah mesti hilang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Gemereh, di sini.
Beliau berkata kebiasaanya setelah selesai digunakan, khemah kubikel berkenaan akan disimpan di pelbagai stor seperti stor JKM, sekolah atau balai raya bagi memudahkan ia disalurkan segera kepada PPS yang dibuka.
Katanya Yayasan Sultan Ibrahim Johor juga telah menyumbang sejumlah 25,000 khemah kubikel pada awal tahun lepas bagi kegunaan mangsa banjir di PPS, dengan 10,000 diagih kepada JKM Johor dan 15,000 kepada APM Johor.
Sementara itu, seorang penghuni PPS Zarina Talib, 43, berkata sebelum ini dia sering berasa gusar, risau dan agak berat hati untuk berpindah kerana memikirkan ketidakselesaan dan tiada privasi jika berada di PPS.
Zarina yang berasal dari Kampung Seberang Badak, di sini berkata jika tujuh atau lapan tahun lepas, keadaan di PPS kurang selesa kerana keluarga ditempatkan secara bersama dalam satu-satu tempat, tanpa ada sebarang penghadang yang memisahkan antara setiap keluarga.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun itu berkata keadaan sedemikian kurang menyenangkan terutamanya bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang kerana tiada ruang peribadi untuk mereka.
Bagaimanapun suri rumah itu, yang sudah hampir lapan kali berpindah ke PPS, menyedari saban tahun, kemudahan di PPS semakin baik, dengan perubahan paling ketara dari segi aspek pengurusan penginapan sekeluarga dengan membekalkan khemah kubikel.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab penghuni PPS yang mengambil khemah kubikel berkenaan patut dihentikan kerana ia akan menyusahkan mangsa bencana lain selepas ini.
Sementara itu, seorang lagi penghuni PPS di SK Gemereh, Rahmat Abdul Latif, 73, berkata khemah berkenaan amat selesa kerana saiznya yang lebih besar, tinggi dan berkualiti.
Katanya, orang ramai sepatutnya menjaga kemudahan berkenaan dengan lebih baik kerana ia adalah untuk kegunaan bersama dan bukannya hak milik persendirian.
"Cuma kalau saiz khemah kubikel disediakan mengikut bilangan ahli sesebuah keluarga adalah lebih mudah. Contohnya kalau mangsa seorang sahaja boleh bagi khemah lebih kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Perlakuan yang jelas melanggar arahan berkenaan biasanya dilakukan ketika sesebuah PPS itu ditutup. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).
IShowSpeed 'bersara awal' daripada WWE
Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Program Makanan Sedunia: Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar
Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, WFP sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.