JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin membimbangkan apabila seramai 26,633 mangsa banjir dicatatkan setakat 2 petang ini, berbanding 25,213 orang pada 8 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, tujuh lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 193 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di kesemua 10 daerah setakat ini.
Katanya Segamat kekal merekodkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi, melibatkan 8,053 penduduk daripada 2,189 keluarga, yang ditempatkan di 60 buah pusat pemindahan sementara (PPS).
"Jumlah mangsa banjir di Kluang pula melibatkan 5,470 mangsa banjir dari 1,571 keluarga yang ditempatkan di 39 PPS.
"Daerah Batu Pahat mencatat 3,266 mangsa banjir daripada 894 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS.
"Daerah Kota Tinggi juga meningkat dengan jumlah 2,922 mangsa daripada 773 keluarga, berjaya dipindahkan ke 18 PPS," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Azmi, daerah Johor Bahru pula merekodkan seramai 2,089 mangsa daripada 604 keluarga, dengan 12 PPS beroperasi.
Katanya ia diikuti, Daerah Muar yang membabitkan 2,200 mangsa banjir daripada 573 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS.
"Daerah Kulai turut mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir yang menampatkan 956 mangsa daripada 242 keluarga di enam PPS.
"Manakala Mersing kekal menempatkan 489 mangsa banjir daripada 150 keluarga di 6 PPS. Di Pontian juga 257 mangsa banjir daripada 60 keluarga yang ditempatkan di 4 PPS," katanya.
"Daerah Tangkak menempatkan 932 mangsa daripada 255 keluarga di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS),"katanya.
Jelas Azmi, sebanyak 17 sungai di daerah Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing direkodkan melepasi paras bahaya.
Antaranya Sungai Muar di Segamat Kecil (Segamat), Sungai Muar di Kampung Awat (Segamat) dan Sungai Siam (Kulai).
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Mar 02 2023

Keadaan Bandar Kota Tinggi yang masih ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Johor ketika tinjauan hari ini.- Foto BERNAMA

Rancangan tender semula helikopter Black Hawk sedang dilaksanakan
Rancangan untuk membuat tender semula bagi helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat di masa hadapan sedang dilaksanakan.
JIM Sabah akan pantau peniaga warga asing di bazar Ramadan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan memantau kehadiran warga asing yang mengambil kesempatan menyalah gunakan pas berniaga di bazar bazar Ramadan sekitar negeri itu.
Peniaga juadah berbuka puasa diingatkan patuhi waktu operasi
Peniaga juadah berbuka puasa di Kuching disarankan mematuhi waktu operasi yang ditetapkan, dengan hanya memulakan penjualan pada sebelah petang.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.
PM akan berbuka puasa bersama rakyat di beberapa negeri
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar akan mengadakan lawatan ke beberapa negeri untuk berbuka puasa bersama rakyat.
Fadillah ajak rakyat kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kepentingan mengelakkan pembaziran makanan yang meningkat mendadak ketika Ramadan, kerana ia bertentangan dengan prinsip kelestarian alam dan keseimbangan sosial.
Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
Lebih 400 mangsa banjir di Telupid dan Paitan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika umat Islam bersedia menyambut kehadiran Ramadan.
80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kebakaran di kampung cempaka, likas, awal pagi tadi yang memusnahkan 80 buah rumah setinggan dan menjejaskan seramai 669 penduduk daripada 139 keluarga.

JPN sasar selesaikan lebih 12,000 masalah pengenalan diri pelajar pada Jun
Jabatan Pendaftaran Negara menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 12,101 masalah keciciran dokumentasi di seluruh negara seawal Jun ini.

Ramadan: Mahasiswa UIS, sertai qiamullail dan subuh berjemaah
Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) menggerakkan usaha yang berterusan untuk menggalakkan mahasiswa agar terus dekat dengan masjid.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.

Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.

Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.

Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.

Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.

Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.

1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.