KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan dengan 21,846 orang daripada 6,650 keluarga dilapor masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat negeri petang ini manakala jumlah mangsa di Melaka kekal.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di 152 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Di SELANGOR, aplikasi itu memaklumkan jumlah mangsa terus menurun kepada 8,715 orang daripada 2,458 keluarga di 46 PPS berbanding 8,821 orang di 56 PPS tengah hari tadi.
Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kini di paras normal iaitu 0.97 meter berbanding 2.36 meter pada 11.30 pagi.
Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi Twitter rasminya memaklumkan sesi taklimat diadakan setiap pagi untuk menyelaras tugasan di lapangan termasuk penyelarasan agensi, pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan yang membantu kerja-kerja pembersihan.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Di PAHANG, jumlah mangsa petang ini ialah 13,315 orang daripada 4,247 keluarga dengan jumlah PPS yang masih beroperasi ialah 97, menurut aplikasi Info Bencana JKM.
Enam daerah yang mencatatkan jumlah mangsa paling ramai ialah Temerloh diikuti Bentong, Pekan, Maran, Bera dan Kuantan.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan hanya dua sungai yang berada di paras amaran dengan trend menurun petang ini iaitu Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, kedua-duanya di Maran.
Setakat ini, hampir semua laluan sudah dibuka kecuali di sembilan lokasi antaranya Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Kuala Lumpur-Maran (Maran), Jalan Ulu Dong (Raub) dan Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis).
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN pula mencatatkan penurunan setakat 6 petang iaitu seramai 218 orang daripada 69 keluarga berbanding 347 orang daripada 117 keluarga tengah hari tadi melibatkan dua PPS yang dibuka di jajahan Pasir Mas.
Kedua-dua PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Gual Periok.
Portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Di NEGERI SEMBILAN pula, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir menurun kepada 82 orang daripada 26 keluarga berbanding pagi tadi iaitu 128 orang daripada 37 keluarga dan mereka ditempatkan di tiga PPS yang masih dibuka di Jelebu.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir masih kekal 26 orang daripada lapan keluarga setakat petang ini.
Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata hanya PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin dibuka bagi menempatkan semua mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Penduduk setempat Adam Faiz Izham Musa ,14, kembali ke rumahnya setelah keadaan banjir semakin pulih ketika tinjauan di Kampung Terusan, Pair Mas hari ini.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.