KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan manakala di Pahang menunjukkan penurunan pada pagi ini.
Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 388 orang daripada 115 keluarga pagi ini berbanding 137 orang daripada 42 keluarga malam tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata 225 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor di Dungun manakala 163 mangsa daripada daripada 55 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Setakat ini, hanya daerah Dungun yang terjejas dengan banjir gelombang ketiga di Terengganu.
Mangsa banjir di KELANTAN turut merekodkan peningkatan setakat 7 pagi ini, dengan jumlah mangsa direkodkan 1,399 orang daripada 412 keluarga berbanding 1,186 orang daripada 350 keluarga, semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu sembilan di Jeli dan lima di Kuala Krai.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.95 meter (m) dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (18.95 m)
Portal rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan satu Jalan Persekutuan di Kelantan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli masih lagi ditutup kepada semua kenderaan setakat ini sejak semalam.
Di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan sebanyak 2,704 mangsa berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri pula melaporkan Jalan Kampung Belimbing di Maran ditutup kerana masih dinaiki air.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sunga Luit di Maran berada pada paras amaran manakala Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Kampung Merting, Jerantut berada pada paras waspada dengan trend menaik.
Turut berada pada paras waspada ialah Sungai Dong di Raub, Sungai Triang di Chemomoi, Bentong dan Sungai Kundang, Maran.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan di semua daerah di Pahang pada pagi ini.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang) di Kuala Selangor.
Polis Selangor memaklumkan setakat 4 pagi tadi, laluan di Jambatan FT 31 Dengkil - Banting dan Jalan Genting Peras - Kuala Klawang telah dinaiki air dan ditutup bagi laluan kenderaan manakala jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor memaklumkan mangsa banjir di negeri ini kekal 29 individu daripada sembilan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu setakat 8 pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Sebahagian penduduk menggunakan bot untuk memeriksa kediaman mereka yang ditenggelami air banjir. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.