KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam tadi manakala empat negeri lain termasuk Selangor menunjukkan penurunan.
Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal.
Di KELANTAN, setakat 10 malam, jumlah mangsa meningkat kepada 1,666 orang berbanding 1,496 orang petang semalam, melibatkan 10 PPS dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya manakala tiga sungai mencatat paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang serta Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 34,487 orang yang ditempatkan di 246 PPS berbanding 34,971 orang di 249 PPS petang tadi, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sembilan daerah kekal dilanda banjir iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Bera, Jerantut, Pekan, Lipis, Maran dan Raub.
Dalam pada itu, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi catatan Facebook memaklumkan laluan Chenor ke Karak masih belum dibuka di kedua-dua arah manakala laluan dari Gombak ke Karak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak telah dibuka.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang
Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 114 orang setakat 8 malam tadi.
"Di Jasin, jumlah mangsa kekal 68 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng manakala 46 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah," katanya.
Di PERAK, banjir di Changkat Jong, Teluk Intan menunjukkan trend penurunan dengan 153 orang berada di dua PPS di daerah Hilir Perak setakat 8 malam berbanding 182 orang petang tadi.
Jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata seramai 105 orang sedang berlindung di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan dan 48 lagi di PPS Dewan SMK Abdul Rahman Talib.
BACA: Banjir: Jumlah mangsa menurun di lima negeri, KL kekal
Di SELANGOR, Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) memaklumkan negeri itu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 18,126 orang melibatkan 103 PPS setakat 9 malam berbanding 22,250 orang di 111 PPS petang semalam.
JPS memaklumkan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat masih melebihi paras bahaya iaitu 4.31 meter setakat 9.15 malam.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu kekal 301 orang dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu.
Di KUALA LUMPUR, menurut aplikasi Info Bencana JKM, jumlah mangsa kekal 314 orang di dua PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

Penduduk setempat menarik sampan bersama keluarga untuk berpindah setelah rumah mereka ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Terusan, Rantau Panjang, 20 Dis 2021. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.