KUALA LUMPUR: Pokok Sena menjadi daerah terbaharu yang dinaiki air di Kedah dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga.
Ini menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 341 orang berbanding 268 orang pagi tadi.
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, cuaca di Kedah secara keseluruhannya baik setakat tengah hari, namun masih terdapat beberapa kawasan yang masih dinaiki air.
Beliau memaklumkan sebanyak lima buah PPS kini beroperasi di tiga daerah, termasuk Kota Setar dan Kubang Pasu.
"Cuaca baik setakat tengah hari tetapi kita mendapati kawasan sekitar Kota Setar terutama kawasan berdekatan Sungai Anak Bukit mengalami kenaikan air dan melepasi paras bahaya.
"Ada juga beberapa kawasan di Pokok Sena yang masih mengalami kenaikan air. Perubahan paras air berlaku dengan dinamik dan boleh terjadi bila-bila masa saja," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Tambahnya, APM Kedah dengan kekuatan 603 anggota sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan jika keadaan bertambah buruk.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan-kawasan berdekatan sungai yang berisiko dinaiki air dengan pantas.
Astro Awani
Wed Sep 27 2023
APM Kedah dengan kekuatan 603 anggota dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan jika keadaan bertambah buruk. - Gambar/ APM
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.