RANTAU PANJANG: Bukan enggan berpindah, sebaliknya pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat sudah penuh.
Itu yang dialami kira-kira tujuh keluarga dari Kampung Terusan di sini yang terpaksa tinggal di dalam rumah yang dinaiki air.
Salah seorang penduduk, Junaidah Awang Senik, 59 tahun, berkata, dia sudah tiga malam bermalam di rumahnya yang dinaiki air.
"PPS tak terima, katanya sudah penuh. Jadi, kami tidurlah dalam rumah yang digenangi air. Tidur dalam air, atas katil. Tak boleh nak pindah. Makan minum masak di sini sahaja," katanya yang ditemui semalam, ketika keadaan cuaca semakin baik dan air banjir mula surut.
Katanya, PPS yang terdekat ialah Sekolah Kebangsaan Tok Deh, namun kapasitinya sudah penuh.
Pada masa sama, terdapat juga penduduk yang enggan berpindah kerana khuatir meninggalkan rumah.
"Kami tak pindah kerana bimbang, sekarang ramai penjenayah dadah. Kalau tiada orang di rumah, tak sedap hati juga," kata Ismail Salleh yang tinggal tujuh beranak di rumah yang digenangi air di sini.
Ismail bimbang meninggalkan rumah kerana jarak sempadan Thailand, yang dipisahkan dengan Sungai Golok, tidak sampai 80 meter serta mudah diseberangi pada waktu ini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Bencana) Bahagian Koordinasi Dan Projek Khas Nik Mohamed Noor Nik Ishak memaklumkan, pihaknya telah menyediakan dua lagi PPS bagi menggantikan PPS SK Tok Deh yang sudah penuh.
"Kita masih ada beberapa PPS berdekatan dengan Kampung Terusan, antaranya SK Sri Rantau 2 - enam kilometer (KM) dari sini - dan SK Gual Tinggi - 10km.
"Jadi, mereka boleh pindah ke sana. Jika mereka pergi ke SK Tok Deh, satu caranya, pihak urusetia akan uruskan pemghantaran ke SK terdekat. Tiada masalah," kata Nik Mohamed Noor.
Menurutnya, penduduk dinasihatkan berpindah bagi mengelakkan berlaku kenaikan paras air sungai pada waktu malam.
Pada masa sama, perpindahan awal boleh mengelakkan kesesakan dan kesulitan jika berlaku kenaikan air pada waktu malam.
Mangsa banjir yang ingin berpindah bagi daerah Pasir Mas boleh menghubungi Pejabat Kordinasi Operasi Bencana Pasir Mas di talian 09-7917717 atau 09-7917963 yang beroperasi 24 jam.
Muhafandi Muhamad
Wed Dec 22 2021

Penduduk setempat Norhiza Hamzah, menyuap nasi kepada anaknya ketika tinjauan di Kampung Tersang Rantau Panjang, 21 Dis 2021. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Banjir Kelantan: Bukan enggan berpindah, tetapi PPS penuh - Penduduk
Itu yang dialami kira-kira tujuh keluarga dari Kampung Terusan di sini yang terpaksa tinggal di dalam rumah yang dinaiki air.