KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan lebih 50 lori tangki bagi membantu mangsa banjir yang terkesan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Abd Rahman Yunus berkata bantuan air itu dihantar ke tangki statik serta rumah penduduk terjejas banjir.
"Mereka (mangsa) hanya perlu menghubungi AKSB dan pihak AKSB akan menghantar bekalan secara terus," katanya pada sidang media selepas Program Bantuan Banjir anjuran Pasar Raya G-Orange di Tunjong, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong Datuk Dr Ramli Mamat.
Mengulas lanjut, Abd Rahman berkata air yang disalurkan melalui tangki statik akan diselia oleh ADUN dan Penghulu Mukim diarahkan untuk memastikan bantuan sampai ke kawasan terlibat.
"Penyediaan tangki air itu adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan kediaman atau premis mangsa yang terjejas banjir ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022

Abd Rahman berkata bantuan air itu dihantar ke tangki statik serta rumah penduduk terjejas banjir. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir Kelantan: Hubungi AKSB untuk dapat bantuan air bersih rumah - Exco
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan lebih 50 lori tangki bagi membantu mangsa banjir yang terkesan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut.

85 lori tangki air digerakkan bantu pengguna terjejas - Air Selangor
Ia susulan insiden pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan hingga esok pagi - Air Selangor
Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital.

99 peratus pemulihan bekalan air setakat 6 petang - Air Selangor
Keadaan itu berdasarkan pemantauan rapi dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 petang ini.