SUBANG JAYA: Bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian yang tidak putus-putus memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, di sini untuk menempuhi tempoh sukar akibat banjir.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kenderaan-kenderaan NGO dilihat aktif keluar masuk di setiap ceruk lorong di kawasan tersebut.
Pemandu lori, Mohd Fakrruzi Shaarani, 35, berkata pada malam kejadian banjir, pihak keselamatan juga bertungkus-lumus menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan mangsa yang terkandas.
“Selain itu, bantuan dari segi makanan, Alhamdulillah buat masa ini memang hari-hari okay.
“Dari segi pakaian semua ada, sumbangan daripada pihak NGO dari pelbagai negeri.
“Ketua kampung di sini juga dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga ada berkumpul di Dewan Bukit Lanchong,” katanya di sini pada Ahad.
Sependapat dengan Mohd Fakrruzi, juruteknikal teknologi maklumat, Hishamullah Alwee, 43, berkata, kehadiran sukarelawan dan NGO di kawasan tersebut menggambarkan nilai perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat, tanpa mengira kaum.
Selain bantuan makanan, dia menambah kebanyakan mangsa banjir ketika ini masih memerlukan peralatan untuk membersihkan kediaman.
“Ini bukan kira dari parti mana-mana cuma saya mengharapkan bantuan berbentuk kemasyarakatan.
“… yang kami amat perlukan terutama ketika rumah dibersihkan, apa yang kita nak ialah dari segi pembersihan.
“Tadi ada NGO dari Subang Jaya memang perlukan bantuan untuk membersihkan longkang, dan memang mereka turut membantu,” ujarnya, yang telah menetap di situ lebih 20 tahun.
Dalam perkembangan lain, pegawai pengurus kilang, Mohd Rafie Yusuf, 54, berharap operasi memungut sampah di Lorong Ikan Keli 4 dan kawasan sekitar dapat dipergiatkan.
Ini kerana, dia bimbang keadaan sampah yang didakwa sudah lebih empat hari belum dipungut akan menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
“Saya risau sampah-sampah yang berlonggok di tepi jalan ini, kalau boleh ada pihak-pihak berkenaan dapat menguruskan dengan baik sebelum hujan balik.
“Saya takut bila hujan datang balik, maknanya sampah akan turun balik ke rumah penduduk,” katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Dec 26 2021
Mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, (dari kiri) Rafie, Hishamullah dan Fakrruzi berbesar hati dengan bantuan daripada NGO dan orang perseorangan yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan di kawasan mereka. - Foto Astro AWANI
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.