GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah segera menghantar bantuan logistik bagi membantu mangsa banjir di Selangor.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bantuan menerusi misi kemanusiaan adalah bagi meringankan beban mangsa tersebut.
Kon Yeow berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertanyakan situasi semasa dan juga bantuan yang diperlukan pihak beliau.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus berhubung serta mendapatkan laporan terkini daripada Kerajaan Negeri Selangor dan cuba yang terbaik bagi membantu dari semasa ke semasa.
"Hasil perbincangan serta inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, bantuan-bantuan tersenarai bakal digerakkan ke negeri Selangor dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan pasukan misi bantuan kemanusiaan banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Selangor pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh.
Kon Yeow berkata, seramai 71 Kakitangan terdiri dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terlibat dalam misi bantuan tersebut.
Peralatan dan kenderaan bagi kerja-kerja pembersihan juga dihantar bagi menjayakan misi bantuan tersebut.
Kon Yeow berkata beberapa pasukan sukerelawan dari Pulau Pinang telah berada di Lembah Klang bagi bantuan lanjut.
Selain itu, katanya beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga bersiap sedia untuk turut terlibat dalam misi kemanusiaan berkaitan secara berperingkat.
Sementara itu Datuk Bandar MBPP, Datuk Ar. Yew Tung Seang berkata, satu mesyuarat tergempar turut diadakan bersama AJK Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), hari ini bagi membincangkan dan mobilisasikan pasukan sukarelawan ke kawasan-kawasan terjejas.
Tung Seang yang juga Presiden MALA menyeru pihak berkuasa tempat lain agar mengambil langkah sama menghantar bantuan segera ke tempat yang terjejas banjir.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Dec 19 2021

Kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah segera menghantar bantuan logistik bagi membantu mangsa banjir di Selangor. - Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.