GEORGE TOWN: Khidmat polis bantuan belum digunakan secara menyeluruh untuk pengurusan bencana banjir di dalam negara ketika ini.
Sebaliknya, khidmat pasukan itu hanya digunakan untuk membantu di kawasan terjejas di bawah jagaan mereka.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan, khidmat polis bantuan mungkin akan digunakan bagi pengurusan banjir di negara ini sekiranya diperlukan pada masa akan datang.
“Untuk banjir (ketika ini), setakat ini polis bantuan mengawal kawasan mereka, premis-premis mereka daripada (terkesan) banjir…. mungkin pada masa depan kalau ada keperluan, kita akan minta bantuan daripada polis bantuan itupun atas persetujuan syarikat-syarikat (majikan) berkenaan,” kata beliau.
Mazli berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan (MAPA) ke-32 di George Town, pada Khamis yang turut dihadiri Presiden MAPA, Mohd Razali Abd Aziz.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Dalam pada itu, Mazli berkata, tahap kecekapan polis bantuan turut dipertingkatkan bagi memastikan pegawai dan anggota sentiasa bersiap sedia menghadapi apa juga keadaan pada masa akan datang.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang dalam proses menuju imej polis dunia dan usaha itu menuntut peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran pegawai dan anggota polis bantuan.
Kata Mazli, pegawai dan anggota polis bantuan juga perlu mempersiapkan diri ke arah mengatasi sebarang bentuk ancaman yang berlaku di kawasan atau premis yang di bawah jagaan mereka.
“(Ini adalah) kerana trend jenayah sekarang ini sudah pelbagai dan terlampau kompleks dan rumit. Jadi perlu ada satu pendekatan untuk memberi latihan yang lebih mendalam kepada pegawai dan juga anggota polis bantuan kerana mereka juga sebahagian daripada frontliner kita yang berada di lapangan,” ujar Mazli lagi.
Sementara itu, Mohd Razali berkata, pihaknya sudah mewujudkan pasukan khas yang telah dilatih untuk berdepan pelbagai isu di kawasan mereka termasuk pengurusan bencana banjir.
Justeru, katanya, pasukan khas itu sudah bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk membantu pasukan PDRM dalam sebarang situasi.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 23 2021

Menurut Datuk Mazli Mazlan, khidmat polis bantuan mungkin akan digunakan bagi pengurusan banjir di negara ini sekiranya diperlukan pada masa akan datang. - Gambar ihsan PDRM
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.