Banjir kilat: 14 jalan di ibu negara dinaiki air - DBKL
Banjir berlaku susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang selama beberapa jam sejak awal tengah hari.
Fareez Azman
Mon Apr 25 2022
Sebanyak 14 laluan utama di ibu negara dinaiki air ketika ini. - Sumber foto KLCCC
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin. Ia susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang selama beberapa jam sejak awal tengah hari tadi.
Menurut laporan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebanyak 14 laluan utama di ibu negara dinaiki air ketika ini.
Berikut adalah jalan yang dinaiki air:
Jalan Pudu
Jalan Tun Perak
Jalan Travers
Jalan Kuching
Jalan Ampang
Jalan Semantan
Jalan Parlimen
Jalan Changkat Thambi Dollah
Jalan Tuanku Abdul Halim
Jalan Segambut
Jalan Jambu Golok
Jalan Tun Razak (hadapan kedutaan AS)
Lebuhraya Sultan Iskandar
Jalan Sultan Ismail
TERKINI | Lembah Klang dilanda banjir kilat
Berdasarkan makluman daripada METMalaysia, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor seperti Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam.
#kltu JALAN TUN SAMBANTHAN : Banjir kilat di lokasi telah menjejaskan trafik dikedua2 arah.#bioraylubricant
#kltu KL : Jangkakan kelewatan di kawasan ini ekoran daripada banjir kilat; JALAN KUCHING, JALAN TUN PERAK, JALAN TRAVERS, LEBUHRAYA SULTAN ISKANDAR, JALAN DAMANSARA#bioraylubricant