KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Helmi Abdullah berkata semasa fasa peralihan monsun, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah melibatkan pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan kawasan barat dan tengah Sarawak.
"Kebiasaannya fasa peralihan monsun berlaku antara pertengahan September sehingga November sebelum beralih ke Monsun Timur Laut dan keadaan ini menyebabkan berlakunya kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang pada waktu petang hingga awal malam selain angin puting beliung dan hujan batu.
"Corak cuaca berpotensi mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat dan kerosakan struktur tidak kukuh,'' katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan berlindung di dalam rumah atau bangunan, meletak kenderaan di kawasan selamat, jauhi rod pengalir elektrik dan struktur tinggi serta tempat takungan air semasa ribut petir.
Helmi berkata ketika ini kebanyakan kawasan perairan negara adalah tenang dan selamat untuk melaksanakan aktiviti di laut, namun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan merujuk METMalaysia jika ingin melakukan aktiviti berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya sentiasa bersedia menghadapi risiko bencana banjir di seluruh negara termasuk di kawasan bukan 'hotspot'.
Beliau berkata corak perubahan cuaca ketika ini menyebabkan sukar untuk pihaknya meramal secara spesifik kawasan mana mempunyai risiko lebih tinggi terdedah dengan bencana tersebut.
"Apa yang berlaku di Shah Alam, Selangor misalnya pada 2021... Shah Alam bukan hotspot dan tumpuan kita pada masa itu, lebih ke kawasan lain. Tapi disebabkan corak cuaca berubah-ubah menyebabkan situasi di situ lebih teruk dari apa yang kita jangkakan.
"Jadi, belajar dari situ NADMA ambil pendekatan untuk bersiap siaga dan pantau di seluruh kawasan, termasuklah dari segi persediaan aset mahupun kerjasama antara agensi yang bertanggungjawab menguruskan bencana ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata 77 daerah di seluruh negara kecuali di Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur kerap mengalami banjir berulang dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Sabah iaitu sebanyak 12 daerah antaranya di Tenom, Beaufort, Penampang, Beluran dan Kota Marudu.
Ia diikuti Johor dengan 10 daerah antaranya di Johor Bahru, Kluang, Pontian, Batu Pahat dan Kulai, sembilan daerah masing-masing di Perak dan Pahang, lapan di Kelantan dan Terengganu, Selangor (enam), Sarawak (lima), Kedah (empat) dan Negeri Sembilan serta Melaka (tiga).
Dari aspek pengurusan, beliau berkata peranan Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sentiasa dimantapkan menerusi latih amal yang dibuat secara berterusan yang juga melibatkan pihak responder lain termasuk Ketua Polis Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Khairul Shahril berkata melalui pemerkasaan Pengurusan Risiko Berasaskan Komuniti pula, peranan rakyat sebagai responder pertama juga dilihat semakin memberangsangkan dan menurutnya tahap pengetahuan serta kesedaran mereka berdepan bencana juga semakin meningkat.
"Sebelum ini pihak berkuasa dianggap sebagai responder pertama. Namun, pendekatan NADMA ketika ini ialah mahu penduduk setempat lebih memainkan peranan mereka sebagai bantuan awal. Mereka kena tahu cara membantu mangsa atau selamatkan diri mereka. Sebab itulah kita turut libatkan mereka dalam program latih amal ini.
"Sekarang ini, kita juga lihat apabila berlaku hujan lebat mereka sudah lebih sensitif untuk alihkan kenderaan mereka ke tempat lebih tinggi dan selamat, berbanding ketika berdepan banjir 2021. Selain itu, kita lihat keinginan badan bukan kerajaan (NGO) untuk terlibat dalam pengurusan bencana juga semakin bertambah," katanya.
Beliau berkata NADMA turut mengemas kini aset mereka dalam pengurusan bencana termasuk untuk tujuan penambahbaikan sistem amaran awal menerusi peruntukan RM150 juta oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Corak cuaca berpotensi mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat dan kerosakan struktur tidak kukuh. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.

Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.

Isu peralihan fasa monsun, sumber bahan mentah tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai kesiapsiagaan menghadapi fasa peralihan monsun akan diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Hujan lebat, angin kencang dijangka apabila fasa peralihan monsun mula Jumaat ini - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 Sept ini dan sehingga awal November menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 19 Mei lepas.

Ribut petir hampir setiap petang bukan cuaca ekstrem - MetMalaysia
Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.

Fasa peralihan monsun berpotensi sebabkan banjir kilat
Ketika fasa peralihan monsun ini, pembentukan awan yang menyebabkan ribut petir mudah berlaku berikutan tiupan angin yang lemah.

Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca itu juga berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.