TAIPING: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam sehingga mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di sekitar Taiping disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 15 tahun lepas.
Antara kawasan terjejas Taman Seri Kota Fasa Dua, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.
Pasangan warga emas Nur Lalilah Yang Yahaya, 79, dan suaminya Mohamad Shaiyuddin Ahmad, 83, dari Taman Seri Kota Fasa Dua di sini berkata mereka berdua sempat menyelamatkan diri semasa kejadian kira-kira 6 petang semalam.
"Makcik baru terjaga dari tidur dan terkejut apabila air naik secara mendadak sehingga paras pinggang masuk ke dalam rumah. Ini adalah banjir kedua terburuk sejak 15 tahun lepas.
"Ada beberapa kelengkapan perabot yang makcik baru beli, habis kesemuanya rosak termasuk peralatan elektrik serta cermin pintu gelangsar juga turut pecah akibat banjir," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
BACA: Beberapa kawasan di Taiping dilanda banjir kilat
Nur Lalilah yang tinggal di situ sejak 43 tahun lepas berkata kawasan perumahan yang berhampiran sungai kerap dinaiki air tetapi hanya di sekitar laman rumah sahaja.
Dia berkata tiga anaknya dari Kuala Lumpur dan Seri Iskandar pulang awal pagi tadi untuk membantu mengemas rumah dan membuang barangan yang rosak teruk.
Sementara itu, Shahrimee Sharudin, 43, pula berkata ketika kejadian dia serta isteri dan empat orang anaknya tiada rumah kerana bercuti di Terengganu sejak Jumaat lepas.
"Saya mendapat panggilan daripada jiran serta melihat rakaman kamera litar tertutup menerusi telefon bimbit petang semalam dan bergegas pulang ke sini. Saya baharu selesai membuang pelbagai barangan elektrik dan perabot yang rosak teruk. Dua buah kereta iaitu Proton Ezora dan Perodua Alza turut ditenggelami banjir," katanya yang tinggal di situ sejak dua tahun lepas.
Menurut pihak berkuasa, setakat tengah hari, 55 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Air Kuning, Changkat Jering dan Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Trong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Mangsa banjir kilat, Faizal Shaiyuddin, 46, membersihkan rumah ibu bapanya selepas ditenggelami air ekoran hujan lebat di Taman Seri Kota Fasa Dua, hari ini. - Foto BERNAMA
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).