"Air naik dengan pantas dan keadaan jalan sangat sesak ketika kejadian," kata seorang pengguna jalan raya, Syamim Nazida, 32, yang melalui Jalan Pantai Baharu di sini.
Beliau berkata hujan lebat di ibu negara, sejak pukul 7 malam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 buah kenderaan yang melalui jalan berkenaan tenggelam.
"Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Serdang dan saya melihat beberapa kenderaan di hadapan saya telah ditenggelami air.
"Ia sesuatu yang luar biasa, nasib baik kereta saya tidak tenggelam dan saya lihat orang ramai keluar dari kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Bernama malam tadi.
Syamim berkata keadaan itu memaksa beberapa pengguna motosikal bertindak melalui laluan bertentangan untuk menyelamatkan motosikal masing-masing.
"Mereka terpaksa lawan arus kalau tidak motosikal mereka pasti akan tenggelam," katanya.
Seorang pengguna motosikal, Hafiz Ahmad, 25, berkata beliau terpaksa menolak motosikalnya berikutan enjin tidak dapat dihidupkan.
"Pada mulanya saya sangka air tidak dalam. Sangkaan saya meleset apabila hampir separuh dari motosikal ditenggelami air.
"Akhirnya ia tidak dapat dihidupkan dan saya terpaksa menolaknya ke kawasan yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Nadzri berkata pihaknya memantau keadaan banjir kilat yang berlaku di beberapa jalan utama di ibu negara.
"Kita bekerjasama dengan agensi lain seperti bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan situasi banjir kilat ini," katanya.
Terdahulu, sebanyak empat jalan utama dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.
Sebanyak 28 anggota dan pegawai ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Bernama
Fri May 13 2016
Sebanyak 28 anggota dan pegawai ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.