KUALA LUMPUR: Semua infrastruktur sistem kawalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) telah digerakkan susulan banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tun Man berkata sistem kawalan banjir seperti rumah pam, pintu kawalan air, siren, kolam takungan dan lencongan banjir juga beroperasi dengan baik, mengikut prosedur operasi standard.
"Lencongan terowong SMART telah diaktifkan kepada Mod 2B pada 3.40 petang, Mod 2 (3.58 petang) dan seterusnya Mod 3 pada 4.44 petang," katanya pada sidang media di sini malam ini.
Beliau berkata kejadian hujan lebat berterusan yang bermula sejak 2.30 petang hari ini telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di jalan-jalan utama pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Batu Bata, Kampung Periuk, Kampung Pasir Baru dan Kolej Telekom.
"Hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam itu menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi," katanya.
Sehubungan itu bagi mengurangkan risiko banjir kilat, Tuan Ibrahim berkata JPSWPKL sedang melaksanakan kerja pembaikan dan menaik taraf kolam takungan banjir di bandar raya ini, termasuklah Kolam Takungan Batu.
"Selain itu, dua projek mitigasi banjir iaitu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Bunus dan projek lencongan Sungai Batu, dijangka siap menjelang Februari 2024," katanya.
Sementara itu pada sidang media sama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Zaini Ujang berkata taburan hujan luar biasa, iaitu purata untuk hampir sebulan dalam satu hari yang melanda ibu kota hari ini, menjadi punca utama Lembah Klang mengalami banjir kilat.
Beliau berkata kebiasaannya taburan hujan tahunan di negara ini ialah sebanyak 2,500 milimeter (mm) dan purata untuk setiap bulan ialah 208 mm.
"Namun taburan hujan yang turun pada hari ini seperti yang direkodkan di Stesen Taman Desa SMART, Kuala Lumpur ialah 106.5 mm dan Stesen Air Panas, Kuala Lumpur dengan bacaan 155 mm.
"Untuk dua jam sahaja, taburan hujan lebih daripada setengah purata bulanan. Bila air terlalu banyak dalam tempoh singkat, ia tidak sempat untuk masuk ke dalam longkang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Taburan hujan luar biasa, iaitu purata untuk hampir sebulan dalam satu hari yang melanda ibu kota hari ini, menjadi punca utama Lembah Klang mengalami banjir kilat. - Gambar/ Astro AWANI
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).