SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Penguasa Kanan Bomba II Zamhuri Zainnordin berkata antara kawasan terbabit ialah Taman England, Sikamat; Taman Nyior, Garden lake dan Kampung Semarak.
"Pusat operasi kita banyak terima panggilan ada pokok tumbang, ribut dan banjir kilat sejak petang tadi dan sehingga kini kami masih menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dan mengalihkan pokok tumbang.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan air juga sudah makin surut. Setakat pukul 10.30 malam ini jumlah mangsa terjejas belum dapat dipastikan," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata kira-kira 70 rumah terjejas akibat banjir di Kampung Ismail, Ampangan dekat sini yang naik sehingga paras dada, bagaimanapun air telah mulai surut.
Beliau berkata di Bukit Chedang, ketinggian air banjir 0.3 hingga 0.6 meter dan bacaan hujan di stesen berhampiran adalah 83.5 milimeter.
"Paras air semasa di Sungai Linggi adalah 44.80 meter iaitu pada paras bahaya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka. Air naik akibat hujan lebat dalam masa yang singkat, air di Sungai Kepayang melimpah serta backflow disebabkan paras Sungai Linggi yang tinggi," katanya dalam kenyataan.
Mohd Syukri berkata terdapat beberapa kawasan lagi di daerah ini yang terjejas banjir kilat dan pihaknya sedang giat menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. APM turut menerima laporan pokok tumbang di sekitar Jalan Pantai, Seremban berdekatan Kilang Koko dekat sini.
Sementara itu, mangsa banjir Mohd Irqim Mohamad, 27, dari Taman Lee Siew Joo berkata air naik sehingga paras pinggang akibat hujan lebat kira-kira 7 malam tadi.
"Hujan lebat, air naik mendadak tidak sampai setengah jam iaitu kira-kira 8 malam ini, namun air semakin surut," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Antara kawasan terbabit ialah Taman England, Sikamat; Taman Nyior, Garden lake dan Kampung Semarak. - Gambar/ APM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban
Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.