IPOH: Mangsa banjir kilat di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor di sini, menyifatkan kejadian semalam adalah yang terburuk sejak 30 tahun tinggal di kawasan tersebut.
Seorang suri rumah, Cik Som Idris, 64, berkata dia menyedari kejadian tersebut selepas selesai menunaikan solat Maghrib apabila air sudah mula masuk ke dalam kawasan rumahnya dengan begitu pantas sekali.
"Panik jugak kerana sepanjang lebih 30 tahun tinggal di sini, tidak pernah sekali pun berlaku banjir kilat, ditambah pula tak ada ilmu berdepan banjir. Saya hanya mengharapkan bantuan daripada agensi keselamatan yang terlibat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang di sini hari ini.
Sementara itu, pesara swasta, Ismail Husin, 72, berkata hujan lebat dan tidak berhenti sejak lewat petang semalam menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyimpan barang-barang berharga di tempat tinggi kerana khuatir berlakunya banjir.
"Sangkaan saya tepat, semasa saya mengemas kawasan rumah kira-kira pukul 8 malam, orang kampung sudah mula kecoh kerana air naik. Kira-kira pukul 10 malam, kami diarahkan untuk ke PPS kerana risau paras air akan makin tinggi dan kebanyakan rumah sudah dimasuki air," katanya.
Pegawai bank, Mohamad Redwan, 35 berkata dia telah dihubungi ibunya kira-kira pukul 7 malam memaklumkan tentang keadaan rumah yang dinaiki air dan memintanya menyimpan dokumen serta barangan penting di tempat yang tinggi serta selamat.
"Saya terus ke rumah emak dengan menaiki motor dan air sudah mula naik, masuk ke dalam kawasan rumah. Saya terus bawa emak ke sini (PPS) supaya dia boleh berehat," katanya.
Dilapor, mangsa banjir kilat di RPT di sini turun kepada 87 orang setakat tengah hari ini berbanding 93 orang pada 8 pagi tadi.
Semalam Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir akibat hujan lebat itu pada pukul 10.05 malam setelah paras air ketika itu adalah kira-kira setengah meter," katanya dalam kenyataan.
Semalam, hujan lebat yang berterusan sejak petang hingga tengah malam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Penduduk, Shaari Sharuddin, 49, meninjau keadaan rumahnya yang dinaiki air ekoran hujan lebat menyebabkan kejadian banjir kilat ketika tinjauan di Taman Chepor Dalam awal pagi ini. - BERNAMA
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).