KUALA LUMPUR: Sebanyak 45,324 orang daripada 13,065 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri pagi ini.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 290 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Di PAHANG, sebanyak 25,318 orang berada di 179 PPS yang beroperasi di semua daerah kecuali Rompin dan Cameron Highlands setakat 9 pagi ini.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula menyatakan tiga sungai berada di paras melebihi bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Bera (Bera), namun sungai itu menunjukkan trend menurun.
Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan pula berada di paras amaran.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di beberapa tempat di Kuantan dan Pekan, manakala cuaca di daerah lain dijangka baik pagi ini.
Di SELANGOR, Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir pada awal pagi ini meningkat kepada 18,484 orang di 99 PPS di negeri itu berbanding 17,656 orang malam tadi.
Setakat 4 pagi tadi, polis Selangor memaklumkan sembilan jalan dinaiki air dan ditutup untuk laluan kenderaan di negeri berkenaan.
Di KELANTAN, 862 mangsa banjir masih ditempatkan di lima PPS yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas, setakat 8.18 pagi.
Lima PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, SK Kubang Kual, PPS Putat Tujoh dan Masjid Mukim Padang Licin.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya dengan hanya satu sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas yang merekodkan bacaan 8.01 meter.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 292 individu daripada 84 keluarga dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat pagi ini.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir turun kepada 35 orang daripada 12 keluarga setakat 8 pagi.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.
Di PERAK, setakat 7.46 pagi, jumlah mangsa banjir ialah 99 orang daripada 25 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak sejak seminggu lepas.
Fenomena 'banjir termenung' menyebabkan air banjir lambat surut berikutan air pasang besar di kawasan Changkat Jong yang sering kali terjejas banjir saban tahun.
Sementara di ibu negara, kemas kini terakhir Info Bencana JKM menunjukkan 234 mangsa masih berada di sebuah PPS setakat pagi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Penduduk di Kampung Batu Serambai membersihkan kediaman mereka selepas air surut dalam kejadian banjir beberapa hari lepas. - Foto BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.