KUALA LUMPUR: Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.
Keadaan banjir di Selangor turut menyebabkan penutupan tiga Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) melibatkan daerah Petaling dan Kuala Langat, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi hantaran di laman Facebook.
Penutupan CAC di Petaling melibatkan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam yang akan dipindahkan operasinya di KK Puchong Batu 14, Puchong dan KK Taman Medan, manakala CAC di daerah Kuala Langat membabitkan KK Jenjarom dan KK Bukit Changgang, dipindahkan perkhidmatannya ke KK Telok Datok, Banting.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: 17 terkorban akibat banjir di Selangor
Setakat 4.30 petang tadi, jumlah mangsa di Selangor meningkat kepada 26,247 orang daripada 7,413 keluarga yang ditempatkan di 134 PPS.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan mangsa banjir turut meningkat kepada 41,455 orang yang berada di 278 PPS melibatkan sembilan daerah, dengan Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir.
Laluan di dua lebuh raya utama Pahang yang dinaiki air sejak Ahad lalu juga masih tidak boleh dilalui iaitu di Bentong ke Karak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lanchang ke Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).
Di KUALA LUMPUR, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 350 orang masih berada di PPS, melibatkan 287 mangsa di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sarazwathy Lembah Pantai; PPS Kelab Sultan Sulaiman (55) dan PPS Dewan Jalan Hamzah (lapan).
Katanya, beberapa laporan berkaitan tanah runtuh telah dikenal pasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 47 lokasi antaranya di Jalan Bukit Ledang, Damansara; Jalan Pantai Permai; Jalan Perkasa, Taman Salak Selatan; Jalan Parlimen; Semantan Villa; dan Seri Duta 1, Bukit Tunku.
"Pihak Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) telah dilantik oleh DBKL untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata selain itu, DBKL juga mengenal pasti lokasi pokok tumbang dan dahan serkah menerusi siasatan di tapak, serta aduan awam dengan lebih 40 lokasi telah dibersihkan.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor dalam kenyataan berkata 766 orang daripada 188 keluarga masih berada di enam PPS melibatkan daerah Jelebu, Port Dickson dan Seremban, setakat 4 petang.
Di KELANTAN, Sekretariat Pengurusan Bencana dan Operasi APM negeri Zainuddin Hussin berkata jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan setakat 6 petang dengan 2,617 orang daripada 815 keluarga, berbanding 3,667 orang daripada 1,101 keluarga pada tengah hari tadi.
Sebanyak 15 PPS dibuka melibatkan dua jajahan di negeri itu iaitu 10 di Pasir Mas dan lima di Kuala Krai.
Di MELAKA, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata jumlah mangsa banjir turut mencatatkan penurunan kepada 173 mangsa daripada 44 keluarga petang ini.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata hanya tiga PPS masih beroperasi selepas tiga lagi PPS di daerah Alor Gajah ditutup pada petang ini iaitu PPS Balai Raya Kampung Paya Lebar, PPS Surau Sri Jeram dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.
Di PERAK, 268 mangsa banjir masih ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak selepas kediaman mereka masih digenangi air, menurut jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021

Di PERAK, 268 mangsa banjir masih ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak selepas kediaman mereka masih digenangi air, menurut jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak. - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.