KUALA LUMPUR: Banjir teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini disifatkan berpunca daripada luruan monsun atau 'monsoonal surge' yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Zaini Ujang, hujan lebat itu sukar diramal kerana ia turut dipengaruhi oleh Taufan Rai yang sebelum ini membadai Filipina.
"Hujan berterusan sejak 12 Disember sehingga Sabtu disebabkan luruan monsun atau moonsonal surge, di mana sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan di tahap tropical depression. Hal ini agak teknikal untuk disebut tapi perlu dijelaskan supaya orang ramai faham.
"Apabila ia bergerak ke pantai barat dan menyebabkan peningkatan kelembapan hampir di sleuruh semenanjung. Amaran sudah dikeluarkan pada 11 Dis melibatkan pantai timur tapi MET Malaysia kemudian keluarkan arahan baharu pada 17 Dis untuk Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Kenapa tak dimaklumkan lebih awal, kerana pergerakan tropical dperession sukar diramal sebab ia dipengaruhi Taufan Rai dan luruan monsun. Beberapa model global yang digunakan tidak beri maklumat konsisten, malah ada model ramal ia menghala ke utara, ada juga yang ramal ia melemah ketika di Banjaran Titiwangsa.
"Hanya pada 17 Dis barulah ia konsisten dan beri ramalan tepat penting, untuk faham kerana ramalan cuaca ini menggunakan model matematik dan juga satelit," katanya ketika muncul dalam Agenda AWANI, pada Ahad.
Jelasnya, taburan hujan yang merata dan tidak bertumpu di satu negeri sahaja menjadikan situasi lebih buruk, apatah lagi ia sangat jarang berlaku.
Penambahbaikan perlu dilihat bukan sahaja membabitkan isu hujan dan tebatan banjir sahaja, tetapi juga dari segi sudut 'planetary health' atau kesihatan bumi yang akan memudahkan pembinaan dan rekabentuk bandar yang lebih berdaya tahan.
Melangkah ke depan, tegas Zaini, perubahan iklim menjadi sesuatu yang sangat perlu diberi perhatian, dengan cara memahami faktor utamanya.
"Kita tahu hujan lebat pada 17 Dis itu hanya 24 jam sebelum itu. Kalau biasa kita tahu, hujung tahun dari November hingga Mac, Monsun Timur Laut akan berlaku dan bawa hujan lebat yang akan menyebabkan banjir. Pasukan keselamatan dan penyelamat pun bersedia. Kalau hujan lebat dalam beberapa jam, mereka akan terus bergerak.
"Tetapi keadaan sekarang, kita tidak bersedia, nak salahkan pegawai dan pihak penyelamat juga tidak boleh kerana mungkin mereka juga melaluinya kali pertama," tambahnya.
Zaini menegaskan kepentingan untuk semua pihak memahami punca berlakunya banjir iaitu rizab sungai yang diganggu dengan struktur binaan lain, selain menambah baik sistem pengurusan sisa pepejal.
"Ada kawasan yang kuala sungai sudah surut air, tetapi masih banjir. Di situ kita tahu, masalahnya ialah sampah sarap dan pembuangan sisa pertanian.
"Ini semua memerlukan usaha dan kefahaman semua pihak dan jabatan, masing-masing kena jalankan tugas," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sun Dec 19 2021
![Banjir: Luruan monsun punca taburan hujan tinggi, jarang berlaku - Zaini Banjir: Luruan monsun punca taburan hujan tinggi, jarang berlaku - Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639916819_banjir.jpg)
Menurut Zaini, hujan lebat itu sukar diramal kerana ia turut dipengaruhi oleh Taufan Rai yang sebelum ini membadai Filipina. - Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
![Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739196996_TBbanjir.jpg)
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.
![Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739975338_kentucky.jpg)
Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.
![PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.
![Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763561_WinterWeather.jpg)
Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.
![Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733572258_PPSTumpat.jpg)
Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.