KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda di beberapa negeri bertambah buruk pada sebelah petang apabila lebih 34,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 21,000 orang pada tengah hari tadi.
Setakat ini, kejadian banjir susulan fenomena musim Monsun Timur Laut itu telah mengorbankan satu nyawa manakala dua lagi dilaporkan hilang dan dikhuatiri dihanyutkan arus deras di Pahang.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak lapan negeri terjejas akibat bencana banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas meninjau mangsa banjir yang ditempatkan di dua sekolah di Klang, SELANGOR berkata setakat hari ini, bilangan mangsa di negeri itu meningkat daripada lebih 6,000 semalam, kepada lebih 15,000 yang ditempatkan di 108 PPS melibatkan lapan daerah.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi beliau mengambil maklum mengenai keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam seperti dilaporkan sebelum ini.
"Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir. Saya difahamkan jumlah anggota tentera telah ditambah untuk membantu usaha ini.
"Tambahan bot dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Selangor sedang digerakkan bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Seksyen 25, di sini," katanya.
Di KUALA LUMPUR, keadaan cuaca yang agak baik di Lembah Klang hari ini dengan hujan telah berhenti menyebabkan air di kebanyakan kawasan terjejas semakin surut. Bagaimana seramai 530 orang masih ditempatkan di PPS.
Di PAHANG, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan mangsa banjir negeri itu terus meningkat setakat petang tadi dengan 14,143 orang daripada 3,922 keluarga ditempatkan di 186 PPS.
Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan laluan di KM76-KM126 Karak-Temerloh masih ditutup di kedua-dua hala setakat 4 petang ini, namun air mulai surut.
Mangsa-mangsa yang terkandas di lebuh raya juga diberikan bantuan sewajarnya seperti makanan dan minuman.
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN juga terus meningkat setakat 6 petang ini, apabila seramai 4,324 orang daripada 1,065 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 3,877 orang daripada 903 keluarga, tengah hari tadi melibatkan jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
Portal rasmi eBanjir Kelantan melaporkan lima sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai merekodkan bacaan 36.61 meter (m); Sungai Kelantan di Tangga Krai (27.21 m); Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (17.17 m); Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (39.20 m); dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.31 m).
Di MELAKA, dua daerah terjejas banjir iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah dengan jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 729 orang, manakala di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 69 orang berbanding 26 orang di daerah Teluk Intan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Jabatan Meteorologi meramalkan beberapa kawasan di negeri ini akan menerima taburan hujan sangat lebat berterusan membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU merekodkan sedikit penurunan kepada 286 orang daripada 66 keluarga setakat 6 petang ini, berbanding 326 orang daripada 101 keluarga pada tengah hari melibatkan daerah Kemaman dan Dungun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak lapan negeri terjejas akibat bencana banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.