Kementerian Kesihatan akan memastikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan diteruskan di lima fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata lima fasiliti kesihatan yang terjejas itu ialah Hospital Pulau Pinang, Klinik Kesihatan Mak Mandin, Klinik Desa Lahar Yooi, Klinik Kesihatan Perai dan Klinik 1Malaysia Taman Seri Delima.
"Di Hospital Pulau Pinang dan Klinik Kesihatan Perai, kerja-kerja pemulihan dan pembersihan sedang dilakukan selain akan beroperasi seperti biasa pada Isnin, manakala tiga fasiliti lain masih dinaiki air banjir," katanya dalam kenyataan di sini.
Dr Noor Hisham berkata tiada fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir di Kedah dan Perak setakat ini.
Sehubungan itu, katanya orang ramai perlu peka dengan keadaan serta mengikut arahan semasa daripada pihak berkuasa kerana air banjir merupakan air yang tercemar dan kotor yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit berjangkit seperti cirit birit, demam kepialu (tifoid), hepatitis A dan leptospirosis (penyakit kencing tikus).
"Selain itu, sentuhan terus dengan air banjir tercemar juga boleh menyebabkan jangkitan kepada luka, kulit, mata, jangkitan kepada telinga, hidung dan tekak. Penyakit demam denggi, chikungunya dan malaria juga perlu diberi perhatian kerana semasa banjir hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles.
"Banjir juga memberi kesan negatif kepada pengendalian kes-kes penyakit kronik, penjagaan kesihatan ibu hamil serta meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan bagi mereka yang terlibat di dalam kejadian banjir, justeru persediaan serta langkah berjaga-jaga perlu dibuat bagi memastikan pengendalian kes-kes kronik dan penjagaan ibu hamil dapat diteruskan seperti biasa," katanya.
Dr Noor Hisham berkata mangsa banjir juga perlu mengamalkan penjagaan kebersihan semasa dan selepas banjir terutama sekali perlu membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih terutama dalam penyediaan makanan serta aktiviti pembersihan.
Katanya orang ramai, sekiranya sakit dinasihati untuk mendapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2017

Lima fasiliti kesihatan dan perubatan terjejas akibat banjir di Pulau Pinang.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

KKLW sedia bantu hadapi banjir gelombang kedua di Pantai Timur
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengedarkan 'survival kit' kepada mangsa banjir terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Banjir P.Pinang: Lima fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir
Kementerian Kesihatan akan memastikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan diteruskan di lima fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang hari ini

Banjir P.Pinang: Dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan
Mayat dua lagi lelaki dipercayai mangsa banjir di Pulau Pinang ditemukan hari ini menjadikan keseluruhannya tujuh individu terkorban akibat bencana alam itu setakat ini.