PUTRAJAYA: Pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke kawasan terjejas banjir bagi memantau kes kecurian kenderaan yang tersadai akibat bencana itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Kita gerakkan pasukan cantas ini dan akan tangkap mereka yang terlibat mencuri kenderaan mangsa banjir...pasukan ini bukan hanya di satu kawasan tetapi di semua tempat terjejas banjir," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan watikah Timbalan Ketua Polis Negara di sini hari ini.
Hamzah berkata perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini, dengan pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kecurian kereta rosak akibat banjir termasuk kes kecurian menggunakan trak tunda.
Pasukan Cantas PDRM secara umumnya dianggotai anggota dan pegawai polis pelbagai pangkat dan akan ditugaskan bagi menangani kes-kes tertentu yang berlaku di dalam negara.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kegiatan curi kenderaan mangsa banjir termasuk melibatkan trak tunda yang didakwa cuba membawa lari kereta-kereta yang tersadai.
Dalam usaha mengenai kes kecurian di beberapa premis di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, Hamzah berkata siasatan terperinci sedang dibuat mengenai kes itu kerana semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati berlaku kecurian melibatkan barangan bukan keperluan asas.
"Memang ada yang reda dan halalkan, tetapi bila lihat CCTV, ada yang ambil barangan bukan makanan seperti aksesori telefon, rokok, arak dan benda lain... ini adalah kes kecurian dan menyebabkan kerugian kepada peniaga," katanya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dilaporkan berkata seramai 31 warga asing ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Hamzah berkata PDRM menubuhkan Markas Taktikal di daerah Hulu Langat, Selangor bagi menyelaras bantuan banjir di daerah tersebut.
Katanya markas tersebut berfungsi sebagai pusat operasi di lapangan dan pegawai pemerintah akan mengkoordinasikan dan menyelaras operasi bantuan semua unit.
"Markas ini akan meningkat dan memperkasakan operasi membersih, membantu dan menjaga kebajikan mangsa banjir yang terjejas," katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya bercadang untuk membeli 50 bot untuk kontinjen polis Selangor khusus untuk bencana banjir dan permohonan mengenainya telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
"Polis mempunyai aset yang cukup di Terengganu dan Pahang tetapi di Selangor, ia tidak pernah berlaku dahulu...bot-bot ini dicadang untuk diletakkan di balai-balai polis sekitar Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
PDRM menjalankan siasatan berhubung kecurian kereta rosak akibat banjir termasuk kes kecurian menggunakan trak tunda. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.