KUALA LANGAT: Usahawan dan peminjam pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang terjejas dengan insiden banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini boleh mengunjungi mana-mana pejabat agensi tersebut bagi proses penjadualan semula pembayaran.
Ketua Pengarahnya Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, perkara ini diberikan kepada mereka yang mengambil pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan serta yang mahu memohon pengecualian bayaran sewa premis perniagaan.
"Bagi mereka yang kita tak tahu tempat yang terkesan seperti peminjam pinjaman pelajaran Mara. Kita tidak tahu alamat dan sebagainya, mereka boleh mengemukakan permohonan pada pejabat Mara sama ada di peringkat negeri atau ibu pejabat.
"Tapi bagi mereka yang terjejas, yang kita tahu tempatnya pegawai kita sendiri akan pergi ke premis dan peminjam," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program gotong-royong membersihkan rumah penduduk di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azhar berkata kira-kira 1,000 sukarelawan di bawah komuniti MARA antaranya pelajar dan kakitangan agensi berkenaan, telah digerakkan bagi menolong dan membersihkan rumah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sejak minggu lepas.
Beliau berkata, antara bantuan yang dihulurkan ialah kerja pembersihan, perkhidmatan pendawaian rumah, pemeriksaan serta pembaikan perkakasan elektrik secara percuma bagi kerosakan kecil.
Jelasnya, pihaknya terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat di sesebuah kawasan yang terlibat sebelum menghantar pelajar dan guru Institut Kemahiran Mara (IKM) dan GiatMara ke tempat yang memerlukan bantuan berkenaan.
"(Baiki barang elektrik) sudah ada kita ada buat di Padang Jawa, Shah Alam minggu lepas, juga di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Namun, kita baiki peralatan dengan kerosakan minimum sahaja," katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung RTB Bukit Changgang Muhamad Shauji Hussin, 71, menzahirkan rasa gembira selepas sukarelawan pembersihan daripada MARA datang membersihkan rumahnya.
Muhamad Shauji berkata banjir pada yang berlaku pada malam 17 Disember itu hampir menenggelamkan rumahnya dan tidak dinafikan banyak kerosakan perabot dan perkakas elektrik akibat bencana itu.
"Alhamdulillah. Terima kasih sangat datang bantu. Mereka datang basuh habis rumah pak cik. Pak cik tak perlu buat apa. Pak cik kalau seorang memang tidak larat sebab doktor nasihat jangan buat kerja berat. Sekarang pun baru balik dari Institut Jantung Negara (IJN) ambil ubat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, perkara ini diberikan kepada mereka yang mengambil pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan serta yang mahu memohon pengecualian bayaran sewa premis perniagaan. - Gambar fail/Twitter/@maragov
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.