DENGKIL: Tatkala air bah semakin surut di beberapa kawasan di Lembah Klang, ramai mangsa banjir menumpukan kepada kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kediaman mereka yang terjejas susulan banjir.
Barangan rosak diasingkan bagi proses pelupusan, namun bagi naskhah suci umat Islam iaitu al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu rupa.
Bagi memelihara kesucian al-Quran, penduduk di Taman Lestari Mewah di sini, mengambil inisiatif mengumpulkan kita suci itu bagi tujuan pelupusan mengikut hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut salah seorang mangsa banjir dan juga penduduk di kawasan itu, Maziatul Syima Rusly, ketika ini ratusan naskhah al-Quran daripada penduduk sudah dikumpulkan.
Kesemua al-Quran yang dikumpul itu, jelasnya, akan dihantar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dilupuskan dengan cara yang sewajarnya bersandarkan hukum syarak.
"Kita menggerakkan usaha untuk mengumpulkan naskhah suci ini dan ia penting untuk diselamatkan kerana keadaannya banyak yang tidak boleh dibaca, musnah dan hancur.
"Ratusan naskhah yang kita kumpul ini termasuk al-Quran, Yassin, Al-Mathurat serta bacaan agama kemudian akan dihantar kepada pihak Jakim untuk proses pelupusan," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Khamis.
Jelasnya, usaha ini perlu dititikberatkan oleh semua mangsa banjir terutama beragama Islam kerana menjaga kesucian kitab suci al-Quran adalah salah satu tuntutan agama.
Dalam masa sama, Maziatul Syima turut mengharapkan agar penerangan daripada Jakim dapat disebar luaskan mengenai kepentingan menjaga kesucian kita suci dan bahan bacaan agama.
Mengikut panduan, salah satu kaedah terbaik untuk melupuskan al-Quran secara persendirian adalah individu itu perlu membakarnya di tempat sesuai dan kemudian debu itu ditanam di tempat jauh daripada haiwan.
Hafizi Rosli
Thu Dec 23 2021
Penduduk di Taman Lestari Mewah, Dengkil mengambil inisiatif mengumpulkan naskhah al-Quran bagi tujuan pelupusan mengikut hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan - Gambar ihsan Maziatul Syima Rusly
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM
Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.