SHAH ALAM: Beberapa mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini mengambil inisiatif sendiri menyewa tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO) untuk membuang sampah pukal di rumah mereka.
Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati beberapa tong yang disewa itu ditempatkan di beberapa kawasan bagi mengangkut sampah yang difahamkan dilonggokkan sejak Khamis lalu.
Selain dikumpulkan di tepi jalan, terdapat banyak juga longgokan perabot, besi, karpet dan tilam rosak di hadapan rumah penduduk yang terjejas.
Seorang penduduk, Norsyahida Ismail, 35, terpaksa berbelanja sebanyak RM300 untuk menyewa tong sampah RORO paling murah bagi membersihkan longgokan sampah di hadapan rumahnya yang terkumpul sejak Khamis lalu yang menyebabkan ketidakselesaan keluarganya.
“Pembersihan sampah ini perlu dilakukan sendiri kerana pihak berkaitan mungkin mengambil masa lama untuk membantu. Sampah ini juga sudah lebih enam hari ditenggelami air dan berbau.
“Kami bimbang akan menyebabkan nyamuk dan tikus,” ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Isnin.
Norsyahida juga mendapati ramai penduduk di situ mengambil langkah menyewa tong besar itu secara persendirian atau berkongsi mengikut saiz keperluan sampah yang dibuang bagi memudahkan sampah pukal dibuang.
Pada masa sama, Norsyahida berkata, walaupun pengurusan pengambilan sampah di kawasan itu masih belum diketahui masa dan tarikhnya, namun dia memahami pihak berkuasa juga mempunyai kekangan untuk melakukan kerja pemunggahan di sekitar perumahan tersebut.
Sementara itu, Mohd Khairul Anuar Azizan, 39 berkata, walaupun pembersihan di kawasan rumahnya sudah selesai, namun dia agak khuatir dengan sampah di luar rumah yang masih banyak dan belum diuruskan.
Katanya, selain masalah bau dan risiko pembiakan nyamuk aedes, dia turut bimbang kemungkinan risiko penyakit lain yang boleh berlaku akibat longgokan sampah yang sudah lebih empat hari itu.
“Bau juga menjadi masalah kami terutama pada waktu malam. Jadi saya harap kawasan ini dapat dibersihkan segera bagi mengelakkan penyakit akibat banjir,” katanya.
Dalam pada itu, seorang pekerja sukarelawan, Johnson Samuel, 56, berkata, syarikatnya telah menggerakkan kira-kira 16 lori sejak Ahad bagi membantu mengangkut sampah mangsa banjir di sekitar Seksyen 13, Seksyen 18 dan Seksyen 24.
“Selain dimasuki lumpur, rumah mangsa banjir juga banyak dimasuki sampah. Jadi kita tolong untuk bersihkan dengan bawa lori kita. Lori daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ada tolong bantu bersihkan sampah,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 28 2021

Antara tong sampah RORO yang disewa oleh penduduk untuk memunggah membersihkan longgokan sampah yang terdapat di hadapan dan sekitar kediaman mereka yang terjejas banjir. Gambar kecil (dari kiri): Mohd Khairul, Johnso dan Norsyahida.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.