JELEBU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga mengorbankan 17 nyawa di Selangor, setakat ini.
Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya, pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.
Beliau berkata, tanggungjawab dalam pengurusan bencana banjir ini tidak hanya terletak di ‘bahu’ kerajaan persekutuan, tetapi juga kerajaan negeri dan petugas di peringkat daerah turut memainkan peranan paling penting.
“Saya tidak menafikan kelemahan dan akan menamba baik pada masa akan datang … tanggungjawab banjir setakat kerajaan Persekeutuan tetapi Kerajaan negeri dan “frontliners” adalah daerah-daerah.
“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya koordinator … kalau dianggap kelemahan koordinasi, saya tidak membela sesiapa dalam keadaan begini, bagi saya semua perlu dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Besar D’Sury, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut beliau berkata, buat masa ini keadaan di seluruh negara sudah terkawal dan hanya satu atau dua negeri yang masih menunjukkan peningkatan kes.
LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BANJIR 2021 ADA DI SINI
Tegasnya lagi, semua pihak terlibat tidak boleh terlalu selesa kerana bmbang berlaku gelombang kedua terutamanya di sebelah utara tanah air.
Beliau turut mengakui Negeri Selangor berdepan masalah meruncing pada awal berlaku bencana berkenaan memandangkan negeri itu jarang dilanda musibah seumpama itu berbanding negeri-negeri di Pantai Timur.
Ismail Sabri berkata semasa mesyuarat secara maya bersama menteri besar negeri-negeri lain pagi tadi, beliau dimaklumkan kesiapsiagaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang teratur kerana situasi banjir sering berlaku di negeri tersebut.
"Namun berbeza di Selangor, bencana yang menimpa negeri itu adalah di luar jangkaan. Cuma di Selangor ada masalah... kita transparent (telus) dari segi ini dan saya tidak mahu melindungi sesiapa... di negeri lain, pantai timur, banjir telah jadi seperti acara tahunan.
"Jadi semua persiapan sudah dibuat termasuk dengan data lengkap... hanya menunggu untuk buka PPS atau tidak sahaja, kedua PPS dikenal pasti dan sudah ada, setiap tahun semua akan pindah ke tempat yang sama," katanya.
Beliau berkata peraturan membuka pusat operasi bencana mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi iaitu apabila sebuah rumah terjejas, wajib membuka bilik gerakan.
Katanya di Selangor bukan satu rumah terjejas tetapi semua terkesan banjir dan mangsa berpindah secara serentak terutamanya di daerah Petaling dan Shah Alam.
"Saya tidak menyalahkan netizen membuat aduan, saya berterima kasih kerana terus mengadu kepada saya," tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Dec 21 2021

Di Selangor, bukan satu rumah tangga terjejas namun semua terkesan banjir dan mangsa berpindah secara seretntak terutamanya di daerah Petaling dan Shah Alam. - fotoBERNAMA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.

UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.

Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.

"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.

Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara ditutup, dan di Melaka kekal dengan jumlah sama.

"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Terperangkap dalam rumah bersama bayi berusia enam bulan, ibu ini terpaksa apungkan bayinya dalam kotak selama empat jam.

Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.