BENTONG: Kawasan pelancongan di Pulau Santap, Janda Baik, di sini, ditutup sepenuhnya buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti pelancongan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, penutupan itu berikutan kemusnahan banyak fasiliti pelancongan akibat banjir dan kepala air pada 18 Disember lalu.
Menurut Mohd Sharkar, seramai 33 pengusaha chalet dan hampir 300 pekerja mereka hilang pekerjaan serta-merta dengan kerugian dianggarkan sehingga hampir RM3 juta sebulan.
"Kawasan ini (Pulau Santap) secara keseluruhannya ditutuplah dan kita insya-Allah akan buat pengumuman bila kawasan ini dapat dibuka semula.
"Jadi saya akan minta Tourism Pahang kategorikan tempat tempat yang boleh diduduki (dikunjungi) dan tempat tempat yang tidak boleh diduduki di Janda Baik.
"Macam di Pulau Santap ini memang total loss... 100 peratus musnah," katanya.
SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Mohd Sharkar berkata demikian ketika melakukan tinjauan di kawasan terjejas banjir di Janda Baik pada Isnin.
Mohd Sharkar juga akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Pusat bagi memberi perhatian khusus kepada usaha membaik pulih kemudahan asas di kawasan Janda Baik.
Katanya lagi, peruntukan khas juga wajar dipertimbangkan kerajaan Persekutuan untuk ditawarkan kepada pengusaha chalet dan resort yang terjejas teruk dalam kejadian banjir lumpur itu.
"Kita pun memang tidak menjangka bahawa kawasan ini akan mengalami kerosakan banjir yang teruk semacam ini jadi saya berharap pada ketua kampung di sini dan juga kepada pejabat daerah... mereka perlu senaraikan segala kemudahan yang rosak disebabkan banjir.
"Kita minta disegerakan (bantuan). Saya memohon supaya kerajaan Pusat dapat memberikan peruntukan khas di Janda Baik untuk dibaik pulih dengan segera," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, promosi pelancongan bagi kawasan seluruh Janda Baik juga akan turut dihentikan untuk sementara waktu.
Beliau bagaimanapun berkata, bagi destinasi pelancongan lain yang tidak terjejas banjir yang teruk seperti Cameron Highlands dan Cherating, promosi akan diteruskan seperti biasa.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Jan 10 2022
Mohd Sharkar berkata, penutupan itu berikutan kemusnahan banyak fasiliti pelancongan akibat banjir dan kepala air pada 18 Disember lalu. - Gambar/ Astro AWANI
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.