TEMERLOH: Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu Kapor, di sini, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.
Jelas terpancar kegusaran di wajah mereka ketika ditemui Bernama di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Mentakab, pada Khamis.
"Ketika ini kami tidak dapat melakukan apa-apa selain menunggu air surut untuk pulang memeriksa rumah. Kami pasrah dan reda," kata seorang mangsa Wardiana Bucin, 53.
Rumahnya yang diduduki bersama suami dan dua anak lelaki bongsunya mula dinaiki air pada Sabtu (18 Dis) dan tenggelam sepenuhnya pada Isnin.
Walaupun kampung berkenaan dilanda banjir hampir setiap tahun, namun Wardiana berkata bencana kali ini luar biasa, memandangkan paras air paling tinggi direkodkan pada Januari lepas kira-kira sejengkal daripada siling rumahnya.
"Biasanya kami letak barang elektrik di bahagian siling yang dibina untuk banjir, tetapi kali ini nampaknya tiada barang yang selamat, sebab rumah habis tenggelam," katanya.
Seorang lagi mangsa Siti Zubaidah Md Nazari, 33, berkata rumah yang didiami bersama ibu dan dua adiknya juga tenggelam sepenuhnya dan masih tidak kelihatan sehingga Khamis.
"Rumah saya bersebelahan dengan rumah datuk dan rumah kakak sulung saya. Ketiga-tiganya tenggelam dan rumah datuk saya yang diperbuat daripada papan, hanyut dibawa arus deras," katanya.
Tambah Siti Zubaidah, keluarganya juga hanya sempat membawa beberapa helai pakaian dan dokumen penting semasa berpindah ke PPS, kerana air naik terlalu pantas.
"Boleh dikatakan ketika-tiga rumah kerugian keseluruhan. Tetapi ketika itu kami hanya memikirkan tentang nyawa, yang penting semua ahli keluarga kami selamat," kata kakaknya, Zarina Md Nazari, 38.
Tinjauan Bernama di kampung berkenaan pada petang Khamis, mendapati paras air hanya surut kira-kira 1 meter, manakala puluhan rumah masih tenggelam hingga paras bumbung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Keadaan banjir di Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang semasa tinjauan pada petang Khamis. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.