KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 125 orang daripada 38 keluarga pagi ini berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kota Belud dan Sipitang.
Katanya 37 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol di Sipitang, manakala 88 mangsa lagi ditempatkan di tiga lagi PPS di Kota Belud.
"Tiga PPS di daerah Kota Belud iaitu Dewan Muhibah Kampung Tombol menempatkan 22 mangsa daripada sembilan keluarga, Dewan SRJK Chung Hwa, 30 mangsa daripada lapan keluarga dan Dewan Sk Tamau, 36 mangsa daripada sembilan keluarga," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 40 kawasan di Kota Belud dan 13 kawasan di Sipitang terjejas selepas hujan berterusan menyebabkan paras air sungai naik dan melimpah ke kawasan kampung yang berdekatan.
Keadaan cuaca di daerah berkenaan tidak hujan namun semua agensi penyelamat sentiasa bersiap siaga jika berlaku sebarang pemindahan ke PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 125 orang daripada 38 keluarga pagi ini berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam tadi. -Gambar Facebook/Info Lalu Lintas Sabah
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Konflik gajah-manusia di Felda Umas membimbangkan
Konflik manusia dan gajah di kawasan Felda Umas Kalabakan tidak berkesudahan walaupun pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan pihak berwajib
Penyanyi R&B Angie Stone meninggal dunia akibat kemalangan
Penyanyi R&B Amerika yang pernah dicalonkan untuk tiga anugerah Grammy, Angie Stone meninggal dunia pada usia 63 tahun dalam sebuah kemalangan kereta di Montgomery, Alabama awal pagi sabtu waktu tempatan.

Banjir Sabah: 125 mangsa dipindahkan di dua daerah
Semua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kota Belud dan Sipitang.