SARIKEI: Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Bintangor untuk ke sekolah hari ini apabila jalan ke rumah panjang mereka ditenggelami banjir.
Tiga pelajar itu dibawa keluar menggunakan bot penyelamat bomba dari rumah panjang mereka di Rumah Rabong, Ulu Strass ke jalan utama pada 7.50 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin dalam satu kenyataan di sini memaklumkan mereka terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan yang tidak dapat pergi ke jalan utama apabila jalan ke rumah panjang mereka ditenggelami air sedalam 1.52 meter.
Sebelum itu pihaknya turut memindahkan penduduk dari Rumah Michael, juga di kawasan Ulu Strass yang terjejas banjir setinggi 1.2 meter pada 5.56 pagi.
"Mangsa terdiri daripada 10 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan dan seorang bayi dipindahkan menggunakan bot penyelamat ke rumah panjang berdekatan yang terletak di kawasan yang lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
![Banjir Sarawak: Bomba Bintangor bantu tiga calon SPM Banjir Sarawak: Bomba Bintangor bantu tiga calon SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677660126_BombaSelamatkanM.jpg)
Tiga pelajar itu dibawa keluar menggunakan bot penyelamat bomba dari rumah panjang mereka di Rumah Rabong, Ulu Strass ke jalan utama pada 7.50 pagi tadi. -Bernama
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Banjir Sarawak: Bomba Bintangor bantu tiga calon SPM Banjir Sarawak: Bomba Bintangor bantu tiga calon SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677660126_BombaSelamatkanM.jpg)
Banjir Sarawak: Bomba Bintangor bantu tiga calon SPM
Tiga pelajar itu dibawa keluar menggunakan bot penyelamat bomba dari rumah panjang mereka di Rumah Rabong, Ulu Strass ke jalan utama pada 7.50 pagi tadi.