HULU LANGAT: Jamzuri Sarijo nampak keletihan ketika duduk terpaku merenung tapak kediaman pusaka keluarganya di Batu 18, Kampung Jawa di sini, selepas struktur rumahnya hilang dibawa arus dalam kejadian banjir besar yang melanda Lembah Klang, Sabtu lepas.
Ketika dihampiri penternak lembu berusia 49 tahun itu berkata rumah pusaka berusia 70 tahun milik neneknya itu hanyut dibawa arus banjir dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam, Sabtu lepas, dan beliau hanya mampu melihat sahaja.
"Sebelum kejadian saya sempat menyelamatkan isteri dan tiga anak yang berusia enam hingga 16 tahun ke kawasan bukit berhampiran untuk berlindung.
"Ketika itu, air sudah paras dada, apabila saya nak kembali untuk ambil dokumen penting, saya lihat rumah kayu kami itu hanyut di bawa arus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.
Jamzuri berkata banjir kali ini antara terburuk yang pernah berlaku di kampung itu, yang sebelum ini turut berlaku banjir namun tidak menjejaskan harta benda.
Tinjauan Bernama mendapati persekitaran kampung itu jelas menampakkan kawasan yang rosak teruk akibat bencana alam, dengan ada beberapa kenderaan terbaik, tersadai, struktur rumah rosak, malah ada yang beralih dari tempat asal.
Selain itu, laluan masuk lebih 18 kilometer ke kawasan perkampungan itu tidak ubah seperti kawasan baharu diteroka manusia kerana jalan itu dipenuhi selut dan tanah yang dibawa arus banjir.
Turut terjejas, Ahmad Zamri Daud, 55, yang kerugian hampir RM80,000 apabila rumah dah bengkel besinya di tengelami air.
"Kejadian berlaku dengan pantas, tiada apa yang saya dapat selamatkan...kesemua peralatan di bengkel rosak sepenuhnya.
"Air hanya surut petang semalam, apabila saya lihat semua barangan dalam rumah dan bengkel yang penuh dengan selut... saya hanya terfikir bagaimana nak mula semuanya balik," katanya yang berharap isu banjir di Kampung Jawa dapat ditangani pihak berkuasa dengan kadar segera.
Kawasan Hulu Langat seperti Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
![Banjir Selangor: Debu, lumpur penuhi laluan Batu 18, Hulu Langat Banjir Selangor: Debu, lumpur penuhi laluan Batu 18, Hulu Langat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640023228_BanjirSungaiLui.jpg)
Kawasan Hulu Langat seperti Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Selangor. -Gambar fail/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722854749_mangsabanjir.jpg)
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
![200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS 200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713326023_mangsabanjir.jpg)
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
![Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702949781_banjir.jpg)
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
![Puncak Alam dilanda banjir kilat Puncak Alam dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702376137_TBbanjirkilat.jpg)
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
![RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699689063_DengkilBanjir.jpg)
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
![Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699441986_BanjirBanting.jpg)
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
![Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699248405_TBBanjirSelangor.jpg)
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
![Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685950466_BanjirbukitRajama.jpg)
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
![Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668525594_BANJIRRANTAUPANJANG.jpg)
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
![Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668440415_BANJIR.jpg)
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.