Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.
Brigadier Jeneral (Kehormat) Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) AW Tan Sri Rozali Ismail berkata sistem itu pertama kali digunakan di Malaysia selepas keberkesanannya teruji ketika membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
"Bantuan yang bakal disalurkan ini bagi memastikan mangsa banjir mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian, terutama untuk minum dan memasak semasa di pusat pemindahan.
"Jika perlu, kami akan gerakkan tiga lagi unit sistem itu Ahad ini dan kami akan letakkan di kawasan yang jalannya terputus serta tiada bekalan elektrik," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan misi kemanusiaan itu.
Kumpulan itu terdiri daripada Pasukan Rejimen 60, Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Ke-70 RAJD AW, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Dalam misi itu, ATM menggunakan 10 lori tiga tan, Syabas (12 lori tiga tan, enam lori tangki air dan sebuah van mini), Tenaga Nasional Bhd (tiga lori) serta dua unit kenderaan awam.
Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas dan Puncak Niaga Holdings Bhd, memberitahu bahawa selain dua unit Jernih itu, kenderaan terbabit digunakan untuk mengangkut 8,800 botol air mineral lima liter dan 9,600 botol air mineral 500ml untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.
"Ini kali pertama kami buat misi bersama antara Rejimen 60 dan 70. Kami buat penilaian di negeri-negeri terlibat dan kami dapati banjir kali ni memang teruk. Ada yang terputus elektrik, kalau terputus...sistem telekomunikasi pun tak ada, loji tak boleh beroperasi.
"Sebab itu kami hantar lebih pegawai. Kalau perlu anggota lebih, kami akan hantar dari Pulau Pinang, Melaka dan Kedah kerana kami ada lebih 2,000 anggota yang sentiasa bersiap sedia," katanya.
Beliau berkata misi kemanusiaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab yang perlu pihak RAJD lakukan sebagai tanda keprihatinan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa banjir.
Bernama
Fri Dec 06 2013
![Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71386154033_295x200.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700057958_AskarWataniah.jpg)
Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
![Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699351490_AskarWataniah.jpg)
Kokokurikulum Askar Wataniah pemangkin meningkatkan keyakinan diri pelajar
ASKAR Wataniah berjaya meningkatkan kenyakinan pelajar dalam meniti dunia pada masa kini.
![PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612417477_PKPSibutentera.jpg)
PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.
![Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507214760_AskarWataniah.jpg)
Kementerian Pertahanan nafi ambil 75 Wataniah belia India yang tidak layak
Kementerian tidak pernah memberi jaminan mengambil kesemua pemohon itu dalam pasukan Wataniah.
![Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392540031_295x200.jpg)
Khairy Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang baharu
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.
![Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71386154033_295x200.jpg)
Banjir: Sistem Penapis Air Bergerak kepada mangsa-mangsa banjir
Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.