Seramai 62 mangsa banjir di daerah Kuala Kangsar yang ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing susulan banjir di kawasan terbabit sejak Sabtu lepas, surut sepenuhnya petang semalam.
Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Kangsar Ahmad Munir Ishak berkata, tinjauan yang dilakukan Pasukan Operasi Pengurusan Bencana Daerah di lokasi terjejas mendapati, air telah surut dan kediaman mangsa selamat untuk diduduki semula.
"Oleh itu, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Setor, Asrama Kolej Risda dan Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid, ditutup mulai pukul 5 petang ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih, kepada semua pihak yang membantu menyelaras dan mengurus selia PPS tersebut dengan baik sepanjang ia beroperasi.
BACA: Banjir kilat: 55 penduduk kampung di Kuala Kangsar dipindahkan
Sementara itu, menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kerian pula, masih dibuka sejak berlaku banjir kilat pada malam Sabtu lepas.
Setakat pukul 5.30 petang ini, seramai 75 orang mangsa daripada 34 keluarga termasuk seorang bayi lelaki, masih ditempatkan di PPS berkenaan.
Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, sebuah lagi PPS dibuka di daerah Kerian iaitu di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu bermula pukul 7 petang semalam.
Beliau berkata PPS itu dibuka berikutan banjir yang melanda kawasan Kampung Ban Abu Hassan, akibat limpahan air Sungai Kurau lewat petang semalam.
Setakat pukul 9 malam tadi, seramai 15 orang mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS itu dan pemantauan berterusan dijalankan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan JKM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020
Setakat pukul 9 malam tadi, seramai 15 orang mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS di daerah Kerian. - Gambar fail
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Banjir surut, tiga pusat pemindahan sementara di Kuala Kangsar ditutup
Tinjauan yang dilakukan Pasukan Operasi Pengurusan Bencana Daerah di lokasi terjejas mendapati, air telah surut dan kediaman mangsa selamat untuk diduduki semula.