SEREMBAN: Semua taman eko rimba dan kawasan pendakian dalam hutan simpanan kekal di Negeri Sembilan ditutup berkuat kuasa pada Isnin susulan banjir sehingga tarikh akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara.
"Ia memandangkan keadaan cuaca yang berterusan hujan manakala untuk kes di Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu pihak jabatan sedang menilai kerosakan disebabkan kejadian tanah runtuh yang merosakkan beberapa infrastruktur sedia ada di sana.
"Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan," katanya pada Isnin.
Menurut Saleh, ia berikutan terdapat risiko seperti tanah runtuh, pokok tumbang dan kepala air.
"Sebelum ini jabatan mengambil tindakan menutup Hutan Simpan Kenaboi atas faktor cuaca.
"Kini semua kawasan seperti gunung, bukit dan hutan yang memerlukan permit untuk memasukinya ditutup," katanya.
Pada Ahad tular di laman sosial Facebook gambar terkini di Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu yang mengalami kerosakan akibat banjir susulan hujan lebat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 20 2021

Keadaan Jeram Toi, Jelebu selepas kejadian bencana banjir. -Foto Sinar Harian

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup
Penutupan sementara itu susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.

Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara
Semua Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditutup sementara.

Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup
Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan.

Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus
Perintah penutupan itu adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan agar kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung.

Pengunjung kecewa air terjun Lata Meraung kini jadi keruh
Penduduk tempatan tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pembalakan berlaku di sekitar kawasan air terjun itu.