KUALA TERENGGANU: Hujan lebat di beberapa kawasan di Terengganu sejak pagi semalam menyebabkan 21 orang daripada lima keluarga terpaksa berpindah ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan PPS pertama yang dibuka pada 1.30 pagi tadi ialah Sekolah Kebangsaan Kasar, Hulu Nerus di daerah Setiu yang menempatkan empat sekeluarga.
"Satu lagi PPS dibuka di daerah Dungun pada 6.30 pagi iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga.
"Ketika ini, hujan lebat masih berlaku di kebanyakan tempat dan penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa peka dan berpindah segera apabila diarahkan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi melaporkan stesen bacaan di dua sungai Terengganu telah melepasi paras bahaya.
Dua stesen bacaan itu ialah di Sungai Dungun di Pasir Raja setinggi 37.56 meter (m) berbanding paras bahaya 37.5 m dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman setinggi 18.89 m mengatasi paras bahaya 18.5 m.
Selain itu, dua jalan di daerah Kemaman juga ditutup setakat ini kepada semua kenderaan ringan iaitu Jalan Pelatoh ke Lubuk Lesung kerana dinaiki air setinggi 0.4 m dan Jambatan Lama Teladas berikutan arus yang deras.
Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif dan tidak mengambil risiko melalui jalan yang ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Hujan lebat masih berlaku di kebanyakan tempat dan penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa peka dan berpindah segera apabila diarahkan pihak berkuasa. - Foto fail
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.