Hampir 50 meter jalan di Kampung Lubuk Panjang di Chalok, Setiu runtuh berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu. Runtuhan itu dipercayai berlaku selepas arus air sungai yang deras di kawasan berdekatan melimpah. Menurut seorang penduduk Abdul Rahman Dollah, 58, runtuhan jalan itu disedari penduduk sekitar jam 7.30 pagi Jumaat.
Katanya jalan yang terletak kira-kira 10 meter dari kediamannya itu baru sahaja dibaik pulih kira-kira dua bulan lalu. “Jalan baru buat dua bulan dah runtuh. Dahulu jalan ini asalnya rendah. Lokasi di tempat laluan air laju. Lepas itu apabila kontraktor buat jalan tinggi jadi apabila tinggi air tak sempat lalu, rumah pun air naik dengan mendadak. Jalan pun runtuh habis dengan tar-tar ini hanyut habis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Abdul Rahman berkata setiap tahun kawasan itu pasti dinaiki air namun pada kali ini ia lebih besar berbanding kebiasaannya. Terdahulu, dua daerah di negeri Terengganu mula dilanda banjir dan menyebabkan lebih 100 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Banjir yang memasuki hari kedua di negeri itu menyaksikan daerah Setiu menjadi daerah terbaharu yang dilanda bencana alam itu selepas daerah Kuala Nerus.Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion. Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000 Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).