KUALA NERUS: Seramai 400 sukarelawan daripada pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) Terengganu digerakkan ke Johor dalam misi membantu mangsa banjir di negeri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata misi tersebut memfokuskan kepada bantuan tenaga kerja pembersihan di samping membawa sumbangan barangan untuk diedarkan kepada mereka yang terjejas.
Beliau berkata antara barangan yang akan dihantar termasuk makanan, air mineral, kelengkapan diri dan tilam yang keseluruhannya bernilai RM200,000.
"Beberapa hari lepas Menteri Besar Terengganu telah menghubungi Menteri Besar Johor bagi menyampaikan ucapan takziah dan beliau juga telah bersetuju menghantar misi sukarelawan dan bantuan bagi meringankan beban penduduk Johor yang terkena musibah banjir.
"Pagi tadi kita telah buat pelepasan misi bantuan ke kawasan Segamat, Simpang Renggam dan beberapa laluan lain yang boleh dimasuki dari Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insurans kematian kepada keluarga atlet lawan pedang di Kampung Telaga Daing di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain Wan Sukairi berkata Velodrome Dungun dijangka dapat dibuka kepada orang ramai awal bulan depan.
Menurut beliau velodrome tersebut telah siap sepenuhnya, namun beberapa kerja pembaikan kecil perlu dilakukan berikutan masalah seperti permukaan trek yang tidak rata.
"Selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan atlet berbasikal, terdapat beberapa pembaikan perlu dilakukan oleh kontraktor sebelum ia dapat dibuka kepada orang ramai. Kita akan anjurkan satu kejohanan atau pertandingan untuk mengesahkan bahawa velodrom tersebut selamat digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Wan Sukairi (dua, kiri) menyampaikan pampasan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bernilai RM50,000 kepada Zulkafli Mohd (dua, kanan) dan Hasmaliza Omar. -Bernama
Gegar Vaganza 11: Tema ‘Rockdut’ tiket ke separuh akhir, semak tugasan lagu minggu ke-10
Tema minggu suku akhir adalah 'RockDut', di mana peserta menyanyikan lagu rock dan dangdut secara medley.
PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo
Menurut PBB, langkah berjaga-jaga itu diambil bagi melindungi kakitangannya sambil memastikan operasi penting di rantau itu tidak terganggu.
Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030.
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
Elak tekanan media sosial, Mahalini pilih sorok wajah anak
Elak Tekanan Media Sosial, Mahalini Akan Sorok Wajah Anak
Jiwa SME: BeCalm, snek fungsional untuk atasi cabaran gaya hidup moden
BeCalm, snek fungsional inovatif yang dirumus khas untuk mengurangkan tekanan dan menyokong kesejahteraan mental, kini menjadi pilihan baharu bagi mereka yang ingin menangani cabaran gaya hidup moden.
DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang giat meneliti aspek pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, sebuah pasukan bertindak yang mewakili pelbagai agensi berkaitan telah dibentuk, dan mereka akan ke pulau pelancongan tersebut untuk membantu menyelesaikan is penduduk tiada sijil nikah
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang
Setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.