SHAH ALAM: Tiga lagi mayat disyaki mangsa lemas ditemui anggota Bomba dan Penyelamat di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Isnin dan Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat pertama seorang lelaki tempatan berusia 50-an ditemui di tingkat atas sebuah rumah, kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin.
"Kita juga mengeluarkan satu lagi mayat dipercayai wanita tempatan berusia 70-an dari sebuah rumah pada jam 8.35 malam. Satu lagi mayat wanita tempatan berusia 60-an ditemui dalam sebuah rumah satu tingkat pada jam 6.20 pagi Selasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Norazam berkata, sehingga jam 1.15 tengah hari, jumlah kematian membabitkan mangsa banjir di Taman Sri Muda dipercayai akibat lemas seramai sembilan orang.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: 17 terkorban akibat banjir di Selangor
Pada Isnin, media melaporkan tiga mayat mangsa lemas ditemui orang awam dan pasukan Bomba dan Penyelamat di Taman Sri Muda.
Anggota Bomba dan Penyelamat turut menemui satu mayat wanita berusia 40-an dalam sebuah rumah kira-kira jam 12 tengah hari semalam, manakala dua lagi mayat dipercayai dua beranak perempuan berusia lingkungan 60-an dan 80-an turut ditemui dalam sebuah rumah di kawasan berkenaan pada jam 3 petang.
Kesemua mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Dalam kes berasingan Norazam memaklumkan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam parit di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Haji Sirat, Klang sejak Ahad lalu, ditemui pada Selasa.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Banjir: Tiga lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda
Sinar Harian
Tue Dec 21 2021

Norazam berkata, sehingga jam 1.15 tengah hari, jumlah kematian membabitkan mangsa banjir di Taman Sri Muda dipercayai akibat lemas seramai sembilan orang. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.