KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri membuatkan rakyat melihat tingkah laku ahli-ahli politik tanpa mengira parti.
Sehubungan itu, penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub menegaskan, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, rakyat akan menghukum ahli-ahli politik yang dilihat lebih mahukan publisiti ketika banjir berbanding membantu mangsa.
Menurut Mohammad Tawfik, kekesalan rakyat tambah berganda apabila melihat ahli-ahli politik hanya datang ke kawasan banjir ketika air sudah mula surut.
"Bagaimana seorang wakil rakyat itu menunjukkan bahawa mereka itu berjiwa rakyat kalau turun ke kawasan dengan seluar dan baju yang bersih dan hanya melambai-lambai dari dalam kereta dan hanya datang ke kawasan ketika air sudah surut?
"Saya tidak mampu menghadam sikap wakil rakyat yang hanya memikirkan jawatan mereka sehingga rakyat mengadu dan merayu kepada pelbagai pihak termasuk NGO seolah-oleh tidak ada peranan wakil rakyat yang sepatutnya menjaga mereka.
"Peranan wakil rakyat itu cukup besar, bukan hanya setakat hanya menjaga jawatan, bukan hanya fikirkan kehidupan selepas pilihanraya atau ketika kempen.
"Mana boleh kita ada pemimpin yang bercuti dan bermain salji di luar negara ketika rakyat sedang susah?" tegasnya dalam temu buakl bersama Astro AWANI.
Dalam masa sama, beliau berpendapat, kaedah kerajaan dan ahli politik yang mahu bermesyuarat dan menubuhkan jawatankuasa untuk membantu rakyat amat tidak berkesan ketika bencana melanda.
Selain itu, Mohammad Tawfik mencadangkan agar rombakan Kabinet perlu dilakukan dengan segera bagi menukar menteri-menteri yang terbukti tidak efisien.
"Tukar menteri-menteri yang lemah... yang tidak mampu untuk merasai denyut nadi rakyat. Ini perlu dilakukan segera kerana kita tidak mahu barah yang boleh merebak ke seluruh organ Kabinet itu boleh menghancurkan kerajaan.
"Perdana Menteri perlu segera bertindak untuk membuat rombakan Kabinet dan meletakkan mereka yang mampu bekerja untuk memulihkan keyakinan rakyat," katanya lagi.
Beliau juga mencadangkan agar peranan masyarakat sivil dan media dihargai kerana terbukti rakyat lebih banyak bergantung kepada kelompok ini berbanding ahli politik.
Tambah Mohammad Tawfik lagi, kerenah birokrasi yang menyulitkan rakyat memohon bantuan membuatkan rakyat marah dan kecewa dengan kerajaan dan ahli politik juga amat dikesalkan.
Irwan Muhammad Zain
Tue Dec 28 2021

Menurut Mohammad Tawfik, kekesalan rakyat tambah berganda apabila melihat ahli-ahli politik hanya datang ke kawasan banjir ketika air sudah mula surut. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PAU2021: Dakwaan 'hanya tekan PM untuk bubar Parlimen' tidak tepat - Shamsul Anuar
Banyak perkara yang dibincangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) dan ia tidak hanya soal politik semata-mata.

PAU2021: Tiada perkara baharu, hanya sibuk 'tekan' PM bubar Parlimen - Penganalisis politik
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia dilihat tidak lain tidak bukan hanya lebih kepada memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.

Banjir: Tingkah laku diperhati, rakyat akan hukum ahli politik pada PRU15 - Penganalisis
Pada PRU15 kelak, rakyat akan menghukum ahli-ahli politik yang dilihat lebih mahukan publisiti ketika banjir berbanding membantu mangsa.

PRN Melaka: Bersatu dan Pas perlu realistik, Melaka kubu UMNO - Penganalisis
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub Bersatu dan Pas perlu sedar bahawa Melaka merupakan kubu kuat UMNO

Rakyat boleh terima keputusan jika mengikut proses sepatutnya - Penganalisis politik
Kerajaan perlu bertindak mengikut proses perundangan dan memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat berkenaan tindakan tersebut.

Tingkatkan angka majoriti dalam Dewan Rakyat untuk stabilkan kerajaan
Perkara itu harus dikaji bagi memastikan kerajaan memerintah mempunyai bilangan sokongan stabil dalam mesyuarat Parlimen.

Pas kini sasaran mudah musuh politiknya - Penganalisis
Serangan bertali arus terhadap kepimpinan PAS oleh musuhnya jelas menunjukkan parti itu berada dalam keadaan yang agak goyang.